Thursday, June 26, 2014

PERKASA Mahu "Pancung Kepala", Polis Tunggu Apa Lagi ?


utusan malaysia terkini

PERKASA Mahu "Pancung Kepala", Polis Tunggu Apa Lagi ?


IdaMan

PERKASA Mahu "Pancung Kepala", Polis Tunggu Apa Lagi ?


Nik NazmiPolis patut bertindak segera menyiasat dan mendakwa Ketua Perkasa Negeri Sembilan, Ruslan Kasim yang mengeluarkan kenyataan mahu ‘memancung kepala’ kerana ia jelas menyalahi undang-undang.

Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, beliau mahu Ruslan dikenakan di bawah Seksyen 503 Kanun Keseksaan dan bukan dibawah Akta Hasutan atau menunggu untuk sebuah Rang Undang-Undang keharmonian dibentangkan.

Katanya, Malaysia tidak akan menjadi sebuah negara aman dan sejahtera jika individu seperti Ruslan dan organisasi seperti Perkasa dibenarkan membuat ugutan seperti itu.

“Hakikatnya dengan perbuatan suka bergaduh ini mereka langsung tidak menyokong dalam memartabatkan Melayu, Islam dan Raja-Raja Melayu.

“Jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan serius mempertahankan kedaulatan undang-undang, mereka sepatutnya mengambil tindakan segera terhadap Ruslan dan Perkasa,” katanya kepada media selepas membuat laporan polis mengenai di IPD Shah Alam.

Difahamkan Ruslan menafikan maksud ‘Pancung’ adalah perbuatan memancung kepala sebaliknya merujuk kepada “memancung masa depan politik” empat ahli parlimen PAS.

Nik Nazmi bagaimanapun menolak kenyataan itu dan menyifatkan Ruslan cuba untuk ‘bermain dengan maksud’ perkataan tersebut. - selangorkini

* Ucapan "Pancung" Oleh PERKASA Satu Kesalahan Bawah RUU Baru, Laporan Polis Telah Di Buat

                   
                   







No comments:

Post a Comment