utusan malaysia terkini
Bawa MCA, Gerakan Dalam Kabinet, BN Terdesak Raih Sokongan
IdaMan
Bawa MCA, Gerakan Dalam Kabinet, BN Terdesak Raih Sokongan
[kd]- Perlantikan pimpinan MCA dan Gerakan dalam kabinet bertujuan menarik kembali sokongan masyarakat bukan Melayu supaya kembali kepada Barisan Nasional (BN).
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, penstrukturan semula kabinet yang ditunjangi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu menjadikan ia antara kabinet terbesar dalam sejarah negara, selepas penolakan nyata kedua-dua parti komponen BN itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
Katanya, tindakan Najib juga bercanggah dengan apa yang ditonjolkan kelompok ‘Melayu Ultra’ yang dibawa badan bukan kerajaan (NGO) yang dibela Umno.
“Keputusan itu seperti ingin melunturkan imej ‘Melayu Ultra’ antaranya Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) secara tidak langsung demi meraih sokongan bukan Melayu walaupun NGO ini turut memberi sumbangan penting bagi Umno,” katanya dipetik.
Beliau mengulas perlantikan Pengerusi MCA, Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai ke dalam kabinet sebagai Menteri Pengangkutan, manakala Datuk Wee Ka Siong dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Sementara itu, Pengerusi Gerakan, Datuk Mah Siew Keong turut dilantik sebagai Menteri di JPM, Lee Chi Leong (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa), Chua Tee Yong (Timbalan Menteri Kewangan), Datin Paduka Chew Mei Fun pula kembali memegang jawatan lama beliau iaitu sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Khalid berkata, keputusan Najib merombak kabinet dengan menambah anggota di bawah Jabatan Perdana Menteri hanya memberi manfaat kepada Najib sendiri, selain untuk membalas jasa kepada mereka yang berjaya mempertahankan kerusi BN.
“PM boleh goyang kaki bersama isteri? Tambah anggota Kabinet tapi Kabinet tetap tak berupaya. Jawatan sebagai hadiah…,” kata Khalid di twitter.
* Kabinet Najib Bertambah, Gaji Dari Poket Rakyat
No comments:
Post a Comment