utusan malaysia terkini
Kerana Cantik, Pemuda Umno Pelawa Dyana Sofya Menyertai Umno
IdaMan
Kerana Cantik, Pemuda Umno Pelawa Dyana Sofya Menyertai Umno
Pemuda Umno pelawa Dyana Sofya |
Perkara itu dinyatakan sendiri, Exco Pemuda Umno, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi selepas melihat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyalahkan Dyana Sofya atas kekalahan mereka mempertahankan kawasan Parlimen Teluk Intan.
"Selepas beberapa hari PRK Parlimen Teluk Intan tamat, masih ramai yang memperkatakan mengenai kehadiran seorang gadis yang tampak biasa tetapi penuh bersemangat sebagai calon yang mewakili DAP.
"Malangnya, Guan Eng dengan angkuh telah memberi pandangan bahawa kekalahan Dyana Sofya adalah disebabkan ciri-ciri dirinya yang masih muda, seorang wanita dan seorang Melayu," katanya dalam satu kenyataan media.
Syamsul Baharin yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Ipoh Barat berkata, dia sendiri tertarik dengan penulisan Dyana Sofya bertajuk 'Satu Jam Bersama Obama', yang menyatakan anak muda harus mencari platform dengan melibatkan diri bersama kumpulan yang menghargai bakat dan usaha.
Katanya, pelawaan itu dibuat agar ciri-ciri yang ada pada Setiausaha Politik Ahli Parlimen Gelang Patah itu dapat digunakan secara optimum demi 'survival' anak-anak muda Malaysia.
"Semangatnya ketika mengharungi cabaran PRK cukup mengagumkan walaupun diperlekehkan oleh kepimpinan dan ahli-ahli DAP umumnya yang berbangsa Cina.
Oleh itu silalah meneruskan perjuangan di tempat asalmu dan tempat ayahanda dan bondamu wahai saudari Dyana.
Oleh itu silalah meneruskan perjuangan di tempat asalmu dan tempat ayahanda dan bondamu wahai saudari Dyana.
"Kami sentiasa menerimamu dalam Umno Bahagian Ipoh Barat kerana Umno sahajalah parti keramat Melayu yang memperjuangkan nasib bangsa melayu dan bangsa-bangsa lain di Malaysia, melalui BN," katanya.
Dyana: Saya akan tetap bersama DAP
Calon DAP bagi pilihan raya Kecil (PRK) Teluk Intan yang baru berlalu, Dyana Sofya Mohd Daud, menafikan akan meninggalkan parti DAP ekoran kekalahan beliau.
Dyana Sofya berkata DAP ialah parti pelbagai kaum dan akan terus berada dalam parti itu untuk meneruskan perjuangan politiknya.
"Saya akan tetap berjuang bersama DAP, tiada cadangan keluar daripada DAP setakat ini.
Jika ada yang menganggap saya kecewa dan akan keluar (DAP), mereka salah," katanya kepada pemberita ketika waktu rehat Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik ke-28 di ibunegara hari ini.
Dyana Sofya merupakan seorang daripada peserta persidangan itu.
Semalam, bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim, berkata beliau percaya Dyana Sofya akan meninggalkan parti pembangkang itu.
Tunku Abdul Aziz berkata beliau membuat ramalan itu berdasarkan pengalaman sendiri ketika bersama DAP.
Dyana Sofia, 27, tewas dengan majoriti 238 undi kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong, 53, pada PRK Teluk Intan Sabtu lepas.
- Bernama
No comments:
Post a Comment