Saturday, June 28, 2014

Lelaki dihukum mati di Vietnam kerana seludup dadah


utusan malaysia terkini

Lelaki dihukum mati di Vietnam kerana seludup dadah


indah.com

Lelaki dihukum mati di Vietnam kerana seludup dadah

 28/06/2014  
Hanoi - Seorang warga negara Australia dijatuhkan hukuman mati di Vietnam. Lelaki  keturunan Vietnam ini dinyatakan bersalah menyelundupkan dadah jenis heroin seberat 4 kilogram ke luar negeri.

Pham Trung Dung (37) ditangkap pasukan keselamatan setempat pada Mei tahun lalu, ketika hendak terbang ke Australia dengan isteri dan anaknya. Bersama dengannya pasukan keselamatan ,  menjumpai  dua beg pakaian yang berisi dadah . Demikian seperti dilaporkan media setempat, Tien Phong dan dilansir AFP, Sabtu (28/6/2014).

Dung kemudian ditangkap dan dibawa ke mahkamah. Dalam perbicaraan yang dijalankan di Ho Chi Minh City, Dung mengakui dia dijanjikan wang sebesar US$ 40 ribu   oleh dua orang yang tak dikenal, jika dia bersedia membawa paket dadah tersebut.

Hasil pemeriksaan menemukan adanya paket heroin seberat 4 kilogram yang dibawa oleh Dung ketika itu.

Selama ini, Vietnam dikenal sebagai salah satu negara yang memberlakukan hukuman berat bagi pesalah dadah. Siapapun yang dinyatakan bersalah memiliki dadah jenis heroin lebih dari 600 gram, atau dadah jenis opium dengan berat lebih dari 20 kilogram, boleh  terancam hukuman mati.

Awal bulan ini, enam orang yang merupakan anggota sindikat penyelundup dadah dijatuhkan hukuman mati kerana menyelundupkan heroin sebanyak 620 kilogram dan pil ekstasi sebanyak 1,400 butir. Kemudian pada Januari lalu, otoriti Vietnam menjatuhkan hukuman mati terhadap 30 penyelundup dadah, dalam kes yang melibatkan heroin seberat 2 ton. Kes tersebut tercatat sebagai kes dadah terbesar dalam sejarah Vietnam.






No comments:

Post a Comment