Sunday, June 22, 2014

Orang Yang Nak Bina Kasino Kedua Terbesar Di Malaysia, Didedah


utusan malaysia terkini

Orang Yang Nak Bina Kasino Kedua Terbesar Di Malaysia, Didedah


IdaMan

Orang Yang Nak Bina Kasino Kedua Terbesar Di Malaysia, Didedah


Siapa benarkan Vincent Tan bina kasino kedua negara?

[hd]- Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoal kelulusan yang diberi pihak berkuasa kepada jutawan Vincent Tan (gambar) untuk membangunkan pusat kasino kedua terbesar di Malaysia.

“Sekarang ni saya nak tahu siapa yang taja? Siapa yang taja selain Vincent Tan dan mengapa cadangan ini dengan yakin diketengahkan? Siapa yang bagi laluan.

“Kerana kita bantah, cukup dengan keadaan sekarang ni,” katanya ringkas dalam sidang media yang dipetik Keadilan Daily.

Vincent Tan sebelum ini dilapor membuat pelaburan RM3 bilion untuk membina sebuah kasino di Berjaya Hill, Pahang dan kononnya akan membangunkan kawasan itu sebagai pusat pelancongan bertaraf dunia serta terbesar di Malaysia.

Jika dibina, ia adalah pusat kasino kedua terbesar di Malaysia selepas Genting Highland.

Dalam satu laporan yang dipetik dari The Business Times, pihak berkuasa juga meluluskan pelan pembangunan kasino terbabit, bahkan Vincent sudah merancang memohon lesen operasi bagi pusat kasino di sebuah resort yang dimiliki syarikatnya, Berjaya Corporation.

Namun, kelulusan itu bercanggah dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Bharom yang menyifatkan Malaysia adalah negara Islam dan bukannya negara sekular ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew di Parlimen, baru-baru ini.

Saya tak pakai sangat kenyataan Datuk Seri Jamil ni sebab itu kenyataan politik. 

Kata negara Islam, tapi kelulusan diberi dengan yakin dalam perkara itu walaupun kita tak tahu siapa yang meluluskannya.

“Jadi ini masalah, sebab cadangan kasino baru ini sebenarnya turut ditolak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng,” katanya.







No comments:

Post a Comment