utusan malaysia terkini
Cerita tentang remaja OKU Firdaus
indah.com
Cerita tentang remaja OKU Firdaus
Pengarah Imigresen Negeri Sembilan, Faizal Fazri Othman yang menemui adik Mohd Firdaus berasa marah dan kecewa bila terkenang penemuan tersebut.. IKUTI kisah tersebut..
Pemeriksaan dilakukan di setiap sudut rumah. Salah sebuah pintu bilik di rumah itu tertutup seolah-olah ada seseorang bersembunyi di dalam. Ketika itu jam sekitar 2.30 pagi.
Namun ketika pintu bilik itu ditolak saya terus beristighfar panjang.

Saya terlihat satu susuk kecil. Saya seperti melihat rangka bernyawa.
Dia sedang baring beralaskan lantai. Sedangkan lantai itu bergelumang dengan najis dan sisa makanan.
Ada sebuah kerusi roda dan sebiji bantal ditinggalkan. Firdaus yang pada awalnya baring, bangun dan merenung saya. Saya lihat ada najis keras melekat di rambutnya. Air mata saya mula bergenang. Hampir menitis.
Tiada perasaan jijik. Bau busuk dan hamis pula seperti hilang tiba-tiba. Malah seolah bau wangi syurga mula meresap hidung.
Apa yang timbul hanya rasa belas. Saya hampiri tubuh kurus itu. Saya usap kepalanya. Hati saya terlalu sebak.
Melihat keadaannya yang kurus kering, saya percaya dia sudah lama tidak menyentuh makanan.
Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana perasaan menjadi orang pertama melihat Firdaus?
Jawapan saya, hanya mereka yang tidak mempunyai hati sahaja tidak sedih melihat Firdaus.
Sebab itu saya terus mengusap kepala dia kerana saya betul-betul tidak sangka dia yang tidak berupaya dibiarkan hidup dalam keadaan yang sangat menyedihkan.

No comments:
Post a Comment