Tuesday, June 24, 2014

Peguam k'jaan sedia 110 soalan untuk bos BERSIH


utusan malaysia terkini

Peguam k'jaan sedia 110 soalan untuk bos BERSIH


indah.com

Peguam k'jaan sedia 110 soalan untuk bos BERSIH

24 Jun 2014
Seorang peguam kanan persekutuan menyediakan sebanyak 110 soalan untuk menyoal pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Maria Chin Abdullah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Ia menyebabkan sesi soal balas itu tidak dapat ditamatkan hari ini kerana ia memakan masa sehingga ke luar waktu pejabat.

Selepas menyoal balas Maria selama kira-kira dua jam, peguam kanan persekutuan Normastura Ayub, yang mewakili kerajaan Malaysia dalam satu saman sivil, memberitahu mahkamah yang beliau mempunyai senarai soalan yang panjang dan memohon kebenaran untuk berehat sebentar.

Soalan-soalan yang dikemukakan kepada Maria menyentuh beberapa topik, antaranya berhubung penglibatan beliau dalam jawatankuasa pemandu BERSIH, bilangan mesyuarat yang berlangsung sebelum tarikh 28 April 2012, serta penglibatan unit sukarelawan Unit Amal dari PAS dan latihan kawalan khalayak.

Hakim Datuk John Louis O'Hara menangguhkan perbicaraan pada jam 5 petang selepas Normastura selesai mengajukan soalannya yang ke-83. Malaysiakini






No comments:

Post a Comment