Monday, June 23, 2014

[Panas] PERKASA Mendesak Empat Ahli Parlimen Pas Selangor Didakwa Di Bawah Akta Hasutan


utusan malaysia terkini

[Panas] PERKASA Mendesak Empat Ahli Parlimen Pas Selangor Didakwa Di Bawah Akta Hasutan


IdaMan

[Panas] PERKASA Mendesak Empat Ahli Parlimen Pas Selangor Didakwa Di Bawah Akta Hasutan


Abu Bakar membacakan memorandum pada perhimpuan tersebut sebelum menyerahkannya kepada wakil Istana Kayangan, semalam.
Abu Bakar membacakan memorandum pada perhimpuan tersebut sebelum menyerahkannya kepada wakil Istana Kayangan, semalam
                                                     Saran dakwa bawah Akta Hasutan

[sinar]- Perkasa mendesak empat Ahli Parlimen Pas Selangor didakwa di bawah Akta Hasutan berikutan cadangan supaya meminda kuasa Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berhubung isu Bible.

Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya berkata, Perkasa menyifatkan tindakan itu sebagai biadab dalam masa sama menyentuh peranan dan kuasa Sultan sebagai Ketua Agama Islam Negeri.

Menurutnya, pihaknya akan mempertahankan Mais dan Jais atas peranan institusi berkenaan yang bertanggungjawab menjaga kesucian dan kemuliaan Islam.

“Mengambil kira suasana politik dalam negeri dan negara semakin gawat dengan beberapa isu yang menyentuh agama Islam termasuk isu kalimah ALLAH dan Bible, maka sewajarnya peranan Mais dan Jais memperkasakan lagi dengan menambah dan mengukuhkan undang-undang sedia ada agar kedua-dua institusi ini dapat menjalankan tugas dengan lebih tegas dan berkesan,” katanya sewaktu membacakan Memorandum  yang dihantar kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Kayangan, semalam.

Empat Ahli Parlimen Selangor iaitu Khalid Abdul Samad (Shah Alam), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Hanipa Maidin (Sepang) dan Che Rosli Che Mat (Hulu Langat) minggu lalu mengeluarkan cadangan supaya kuasa eksekutif Mais dihapuskan dalam menguatkuasakan hal ehwal agama Islam di negeri ini.

Beliau berkata, Perkasa Selangor melahirkan sokongan penuh terhadap titah Sultan Selangor supaya isu ini tidak wajar dipolitikkan.

Sementara itu, Timbalan Setiausaha Agung Perkasa, Shamsuddin Moner menyuarakan kebimbangan sekiranya Bible itu dipulangkan kerana dikhuatiri dengan mudah dicetak dalam bahasa Melayu dan diedarkan secara meluas.

“Apa yang ditakuti apabila Bible yang menggunakan Kalimah ALLAH ini sewenang-wenangnya dicetak dalam bahasa Melayu dengan banyak dan kemudian diedarkan hingga timbul kekeliruan kepada anak muda Islam khususnya,” katanya.

Jelasnya, beliau menegaskan pendirian berkenaan bukan untuk memusuhi penganut agama Kristian tetapi mempertahankan Kalimah ALLAH supaya tidak disalahgunakan.

“Kita bukan mahu memusuhi agama-agama lain malah Islam sendiri menggalakkan keamanan dan kesejahteraan.

Apa yang kita perjuangkan adalah penggunaan kalimah ALLAH agar tidak timbul kekeliruan pada masa akan datang,” katanya.

Hampir 1,000 ahli Perkasa seluruh negara berhimpun secara aman di depan Istana Kayangan semalam dalam upacara penyerahan memorandum menyatakan pendirian dan sokongan pertubuhan itu terhadap titah Sultan Sharafuddin berkenaan isu Bible yang disampaikan Abu Bakar kepada wakil istana.






No comments:

Post a Comment