Tuesday, June 24, 2014

Ugut Pancung Kepala, PERKASA Burukkan Imej Islam


utusan malaysia terkini

Ugut Pancung Kepala, PERKASA Burukkan Imej Islam


IdaMan

Ugut Pancung Kepala, PERKASA Burukkan Imej Islam



[hd]- Ugutan seorang pemimpin Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) untuk memancung kepala pihak yang dikatakan memperkotak-katikkan agama dan memperlekehkan sultan akan memberi kesan buruk kepada keharmonian kaum dan memberikan imej buruk kepada agama Islam.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan media menyatakan kekesalan kerajaan negeri terhadap ugutan Perkasa itu dan ia hanya akan memberi kesan buruk kepada keharmonian pelbagai bangsa dan agama di Malaysia khususnya di Selangor.

Menurut beliau, ugutan yang dibuat oleh Perkasa tidak memberi manfaat bahkan telah memberi persepsi negatif terhadap agama Islam yang sebenarnya menitikberatkan persaudaraan, keadilan, keharmonian, saling hormat menghormati dan kesederhanaan.

"Kita melihat kenyataan sebegitu hanya mencerminkan pemikiran tidak bertamadun dan perlu ditolak oleh semua rakyat Malaysia terutama masyarakat Islam.

"Kerajaan Selangor menyeru semua pihak berhenti mengambil kesempatan di atas isu Bible demi kepentingan diri atau politik dan menghormati titah DYMM Sultan Selangor agar kes ini diserahkan kepada mahkamah," tegas beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) Lim Chee Wee berkata, ancaman pemimpin Perkasa untuk memancung leher pihak tertentu boleh menjadi kesalahan di bawah rang undang-undang (RUU) baru untuk menggantikan Akta Hasutan.

RUU Jenayah Kebencian Bangsa dan Agama itu merangkumi kesalahan “memberi ucapan kebencian dengan niat untuk mengugut atau menyebabkan kecederaan kepada individu atau kumpulan lain” dengan asas agama atau bangsa, lapor Malaysiakini.

* [Panas] PERKASA Nak Mandi Darah !,........Darah Siapa ?
[Panas] Perkasa Mahu Pancung Kepala........Kepala Siapa ?

                    






No comments:

Post a Comment