Monday, June 23, 2014

Penjenayah Lari Bawa Potongan Tangan Mangsanya


utusan malaysia terkini

Penjenayah Lari Bawa Potongan Tangan Mangsanya


indah.com

Penjenayah Lari Bawa Potongan Tangan Mangsanya

  23 Jun 2014 
 
Gambar hiasan
NEW DELHI,  Polis negara  Bihar, India, ketika ini sedang mengejar seorang lelaki yang memotong lengan seorang pemuda dan lari membawa potongan lengan itu.

Insiden itu tejadi di desa Mohanpur, Daerah Samastipur, yang  jaraknya 85 kilometer dari ibu kota Bihar, Patna, pada Jumaat 20/6/2014  malam. Hingga kini polis  masih mengejar suspek itu.

Polis mengatakan, mangsa, Santosh Kumar Giri (25), malam itu sedang dalam perjalanan pulang ke desanya setelah menghadiri satu pesta.

Di tengah perjalanan, sekelompok orang tiba-tiba menyerangnya dan memotong satu lengannya menggunakan senjata tajam. Para penyerang itu kemudian lari membawa potongan tangan Santosh yang kemudian tergeletak tak berdaya di jalanan.

Pemuda itu kemudian diselamatkan penduduk kampung yang mendengar jeritannya. Santosh kini dirawat di Rumah Sakit Patna Medical College dalam keadaan kritikal kerana kehilangan banyak darah.

"Kami masih memeriksa kes ini," kata Ketua Polis Vidyapatinagar, Sunik Kumar, kepada Gulf News.

Kumar menambahkan, polis  belum berhasil menemui suspek   penyerangan dan potongan lengan mangsa meski pencarian besar-besaran sudah dijalankan sejak Ahad. Polis percaya  , hubungan asmara mangsa dengan gadis setempat adalah motif di balik penyerangan itu.

Menurut sejumlah penduduk kampung, mangsa sebenarnya memiliki tiga isteri, tetapi entah bagaimana, ketiga isterinya itu meninggalkan mangsa yang kini praktis sendirian. Dalam kondisi itu, mangsa menjalin hubungan asmara dengan seorang gadis setempat yang hampir mengakibatkan dia kehilangan nyawa.

Insiden ini adalah yang kedua di wilayah yang sama. Minggu lalu sekelompok penyerang memotong 10 jari seorang pemuda sebelum menyiram matanya dengan cairan asid.
Editor : Ervan Hardoko
Sumber: Gulf News/
KOMPAS.com






No comments:

Post a Comment