Saturday, June 21, 2014

Lagi Kes Tembak : Pemuda Maut Ditembak Ketika Tunggang Motosikal


utusan malaysia terkini

Lagi Kes Tembak : Pemuda Maut Ditembak Ketika Tunggang Motosikal


IdaMan

Lagi Kes Tembak : Pemuda Maut Ditembak Ketika Tunggang Motosikal


Mangsa mengalami pendarahan akibat terkena tembakan.

[sinar]- Seorang lelaki yang sedang menunggang motosikal maut ditembak di jalan utama hadapan sebuah kedai runcit di Taman Songket, Jalan Kuala Ketil, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.25 malam, M Gurubaran, 24, dari Taman Keladi maut di tempat kejadian selepas terkena beberapa das tembakan.

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan diekori empat lelaki yang menunggang dua motosikal sebelum beberapa tembakan dilepaskan ke arahnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, kesan tembakan itu menyebabkan mangsa jatuh bersama motosikalnya dan meninggal dunia.

Beliau berkata, suspek iaitu dua lelaki India bertindak melarikan diri sebaik tembakan dilepaskan.

"Setakat ini belum ada sebarang tangkapan dibuat dan polis sedang mengesan mereka. Motif pembunuhan masih dalam siasatan.

"Kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan membunuh," katanya.

Difahamkan, mangsa cedera parah akibat tembakan di bahagian kepala dan dada. Mayatnya dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk bedah siasat.


                                    Pengusaha kelab malam mati ditembak

Seorang pengusaha dan pengurus kelab malam mati ditembak dalam satu kejadian di Jalan Permas 10, Permas Jaya, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, dalam kejadian 2.15 pagi itu, lelaki berumur awal 40-an dan dikenali sebagai Kessu itu ditembak mati oleh suspek yang menaiki motosikal.
  
Katanya mangsa yang memandu Toyota Harrier berwarna putih berhenti di depan sebuah lori kecil penjaja untuk memesan makanan dan ketika itu dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal berhenti di belakang kenderaannya.
  
"Pembonceng motosikal terus meluru ke arah mangsa yang masih berada dalam kenderaannya dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah kepalanya dari jarak dekat menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian," kata Sulaiman dalam satu kenyataan di sini.
  
Beliau berkata, motif pembunuhan masih disiasat.
  
Sulaiman berkata, siasatan akan dijalankan dari segenap aspek termasuk latar belakang, penglibatannya dalam perniagaan serta masalah kewangan atau peribadi dan kemungkinan yang lain.
  
Bagi membantu siasatan, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi talian HotLine Ibu pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di talian 07-2218 999.

- Bernama






No comments:

Post a Comment