utusan malaysia terkini
Sibuk Kejar Jawatan Menteri, Liow Tiong Lai Terlupa Negara Porak-Peranda
IdaMan
Sibuk Kejar Jawatan Menteri, Liow Tiong Lai Terlupa Negara Porak-Peranda
Ahli parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang berkata, sekiranya pengasas MCA, Tun Tan Cheng Lock masih hidup, beliau pasti terkejut melihat parti itu yang kini diterajui Liow Tiong Lai hanya ghairah menyertai Kabinet dan sibuk mengejar jawatan Menteri.
“Sampai begini rendah sekali martabat Presiden MCA ke-10? Mengidam kedudukan dalam Kabinet dan langsung melupakan perjuangan Presiden pertamanya?” soal Kit Siang.
Beliau berkata demikian mengulas pengumuman Tiong Lai yang melancarkan semula Sekolah Pengajian Politik parti itu dan forum pemikiran Tun Tan Cheng Lock di Wisma MCA, semalam.
Pada 1957, MCA di bawah kepimpinan Cheng Lock bersama Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, dan Tun Sambathan menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Reid mengatakan walaupun Islam sebagai agama rasmi, namun tidak menghalang warga bukan-Muslim mengamalkan ajarannya.
“Apa yang dilakukan Tiong Lai dan kepimpinan MCA dalam usaha mempertahankan prinsip tanpa kompromi Cheng Lock sewaktu awal kemerdekaan Malaya dan kini Malaysia untuk terus menjadi sebuah negara sekular?” soal Kit Siang.
Pada masa sama, Kit Siang turut menyelar kenyataan tidak bertanggungjawab pimpinan kerajaan yang didiamkan MCA, sedangkan ia jelas membelakangi prinsip Perlembagaan negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Jamil Khir Baharom dalam jawapannya kepada ahli parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew bahawa Malaysia bukanlah negara sekular.
Terdahulu pada 27 Mac lalu, Jamil memaklumkan Parlimen berhubung kesanggupan Putrajaya bekerjasama dengan kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan hudud di negeri itu.
Manakala pada 24 April, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata di Alor Star pihaknya tidak pernah menolak hudud.
“Sekiranya Cheng Lock masih hidup, beliau pasti ke depan menyanggah ketiga-tiga kenyataan ini lantaran ia secara total bertentangan dengan prinsip asas Perlembagaan serta komitmen dan jaminan yang diberikan para pendiri Perikatan,” ujar Kit Siang.
- Roketkini
No comments:
Post a Comment