Thursday, June 19, 2014

Peguam Negara Halang Laporan NFC Dibentang Untuk Tutup Salah Laku Kerajaan Umno BN


utusan malaysia terkini

Peguam Negara Halang Laporan NFC Dibentang Untuk Tutup Salah Laku Kerajaan Umno BN


IdaMan

Peguam Negara Halang Laporan NFC Dibentang Untuk Tutup Salah Laku Kerajaan Umno BN



Tindakan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang menghalang pembentangan laporan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) tentang skandal National Feedlot Corporation (NFC) hanyalah untuk melindungi salah laku kerajaan berhubung isu itu.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, alasan Abdul Gani bahawa laporan itu akan mempengaruhi perbicaraan Mahkamah (sub judice) ke atas Pengerusi Eksekutif  NFC Datuk Seri Mohamad Salleh ternyata tidak benar, kerana laporan itu langsung tidak menyentuh kes pecah amanah Mohamad Salleh.

Pada 10 Jun lalu, Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, siasatan skandal NFC masih belum dapat dibentangkan kononnya kerana kes itu masih dibicarakan di mahkamah.

Menurut laporan media, beliau menerima arahan itu daripada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang merujuk perkara itu kepada Abdul Gani.

“Laporan PAC jelas hanya menyentuh tentang proses (pemberian projek), ketirisan dan kecuaian yang berlaku dalam kerajaan.

“Ahli PAC sentiasa beringat untuk mengelak daripada mencampuri proses perbicaraan dan sedar apa-apa perkara yang berkaitan dengan kes di mahkamah akan menyebabkan laporan dibekukan,” kata Tony dalam sidang media di Parlimen tadi.

Justeru, katanya lagi, alasan sub judice itu hanyalah helah Abdul Gani untuk menghalang bukti salah guna kuasa kerajaan dalam skandal itu daripada dibentangkan kepada orang ramai.

Pada tahun 2012, Mohamad Salleh didakwa di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksan berhubung dua pertuduhan pecah amanah berjumlah RM49.7 juta.

Turut serta dalam sidang media itu adalah Ahli Parlimen Tumpat Kamaruddin Jaafar dan Ahli Parlimen Selayang William Leong.

Mereka bertiga adalah ahli jawatankuasa PAC yang terlibat menyiasat isu itu.

Dalam pada itu, William Leong berkata, sub judice hanya berlaku apabila penerbitan sesuatu perkara berkaitan kes mahkamah akan mempengaruhi keputusan juri yang terlibat dalam perbicaraan.

“Namun di sini, kita tidak ada sistem juri. Kes diadili hakim profesional yang tidak akan dipengaruhi oleh laporan itu,” katanya yang juga seorang peguam.

Sehubungan itu, Tony mendesak Speaker meluluskan pembentangan laporan itu di Parlimen.

“Speaker perlu menggunakan budi-bicaranya untuk menegakkan keadilan. Ia akan menghantar mesej jelas kepada rakyat bahawa Parlimen serius membanteras salah guna kuasa dan kecuaian yang berlaku,” katanya lagi.

- Roketkini


     Nur Jazlan nafi sahkan Peguam Negara halang bentang laporan skandal NFC

Ahli Parlimen Pulai itu berkata, beliau tidak pernah menggunakan perkataan "melarang" sebaliknya, pihak peguam negara "mencadangkan" laporan berkemungkinan subjudis kepada kes mahkamah yang sedang berjalan melibatkan Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Seri Mohamad Salleh yang kini berdepan dua kes pecah amanah melibatkan RM49.7 juta di Mahkamah Tinggi.

"Apa yang berlaku ialah PAC sudah siapkan laporan mengenai NFC dan sudah menghantarnya kepada Speaker Dewan Rakyat.

Speaker kemudiannya mendapatkan pandangan peguam negara sebelum membentangkan laporan itu di Dewan Rakyat.

"Saya dimaklumkan peguam negara berpandangan terdapat subjudis dalam laporan berkenaan.

Jadi speaker membuat keputusan menangguhkan pembentangan laporan itu pada sesi ini," katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Empat wakil rakyat pembangkang diketuai Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua awal hari ini mendakwa peguam negara melarang laporan NFC yang disediakan PSC untuk dibentangkan di Dewan Rakyat.

Pua yang juga anggota PAC pada satu sidang media di lobi Parlimen berkata, mereka dimaklumkan perkara itu oleh Nur Jazlan.

"Peguam negara memaklumkan kepada speaker Dewan untuk melarang laporan PAC berkenaan NFC dibentangkan di Parlimen," kata Pua.

"Peguam negara berkata laporan ini akan mengganggu kes mahkamah Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Seri Mohamad Salleh yang kini berdepan dua kes pecah amanah melibatkan RM49.7 juta di Mahkamah Tinggi," katanya.

Pua bagaimanapun memberi jaminan, laporan yang disediakan PAC berhubung skandal melibatkan keluarga Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil itu tidak akan mengganggu perbicaraan kes Mohamad.

"Semasa beliau dipanggil memberi keterangan, beliau tidak menjawab sebarang soalan kerana khuatir akan mengganggu perbicaraan. "Laporan ini tidak menyentuh kes yang sedang berjalan di mahkamah," katanya.

Isu NFC sebelum ini didedahkan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan kemudiannya mengaitkan keluarga Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Pua ketika sidang medianya berkata, laporan PSC berhubung perkara itu juga tidak menyentuh perbicaraan di mahkamah.

The Malaysian Insider






No comments:

Post a Comment