Friday, June 6, 2014

Peguam nasihat Zarina mohon isytihar bukan Islam


utusan malaysia terkini

Peguam nasihat Zarina mohon isytihar bukan Islam


indah.com

Peguam nasihat Zarina mohon isytihar bukan Islam

6 Jun 2014
Kemelut yang dihadapi seorang perempuan beragama Hindu tetapi mempunyai nama Islam, Zarina Abdullah Majid, boleh dirungkaikan sekiranya beliau membuat permohonan untuk diisytiharkan sebagai bukan Islam di mahkamah syariah.

Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, negeri Selangor belum pernah membuat keputusan dalam beberapa kes demikian yang masih dibicarakan di negeri itu.

Awang (kanan) berkata, permohonan itu boleh dibuat di bawah Seksyen 61(3)(b)(x), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 mengenai pengisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi orang Islam.

Beliau berkata demikian sewaktu mengulas kes Zarinah, 32, seorang penganut Hindu yang dipanggil untuk disoal siasat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada hari perkahwinannya.

"Dia kena cari seorang peguam syarie yang ada sijil amalan guaman syarie (untuk tujuan itu)," kata Musa kepada Malaysiakini.

Menurut Musa, dalam perbicaraan kelak, Zarina perlu membuktikan kepada mahkamah bahawa beliau mengamalkan agama Hindu dan tidak lagi mengamalkan agama Islam.

Menurutnya, permohonan hampir sama pernah difailkan di Pulau Pinang oleh seorang 'Fatimah Tan'.

Beliau merujuk kepada kes sekitar Mei 2008 apabila Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang mengisytiharkan Siti Fatimah Tan Abdullah @ Tan Ean Huang sebagai bukan lagi seorang Islam.

Fatimah memeluk Islam untuk berkahwin dengan seorang lelaki Iran yang kemudian meninggalkannya tanpa sebab.

Dalam tuntutannya, Fatimah menyatakan bahawa sewaktu memeluk Islam, dia kekal menyembah berhala Tok Pek Kong, Kuang Tin Ne dan berhala Ti Kong (Dewa Langit) serta memakan daging khinzir.

Mengulas lanjut, Musa percaya kebanyakan kes seperti Zarina berlaku kerana individu berkenaan tidak pernah membuat permohonan demikian sebelum ini dan berhadapan dengan masalah apabila mahu mendaftarkan perkahwinan mereka.

"Dalam kebanyakan kes, mereka ini tidak pernah membuat permohonan begini," katanya.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Rabu lalu berkata berkata JAIS akan membantu Zarina menyelesaikan masalah status agama wanita itu selepas satu mesyuarat dengan pengurusan JAIS.

Zarina sebelum ini dilaporkan berkata ibunya S Vasandamma adalah seorang Hindu seperti bapanya, S Mahendran ketika pasangan itu berkahwin pada tahun 1980.

Bapanya menukar nama kepada Abdullah Majid apabila memeluk Islam selepas itu, namun ibunya kekal beragama Hindu.

Ekoran tindakan bapanya memeluk Islam, status agamanya dalam sijil kelahiran dan MyKad juga dirakam sebagai seorang Islam.

Bapanya bagaimanapun meninggalkan mereka pada 1990 dan beliau dibesarkan oleh ibunya.
 






No comments:

Post a Comment