utusan malaysia terkini
[Panas] PERKASA Kata Pemuda Umno Pondan !
IdaMan
[Panas] PERKASA Kata Pemuda Umno Pondan !
Perkasa tak ingin sertai NGO Pemuda Umno, sila cari NGO pondan, kata SU Agung |
Setiausaha Agung Perkasa Syed Hasan Syed Ali berkata, pertubuhan sayap kanan Melayu itu, termasuk Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) juga tidak akan menyertai biro berkenaan walau dijemput sekalipun.
"Perkasa dan Isma tidak ingin walau dijemput sekalipun," katanya, ketika dihubungi The Malaysian Insider.
"Kami hanya mahu bersama NGO yang benar-benar anak jantan," katanya.
Pemuda Umno hari ini berpendapat tiada keperluan bagi Perkasa dan Isma untuk menyertai biro yang baru ditubuhkan mereka sebaliknya cukup saling berhubung dengan dua NGO itu.
Pengerusi Biro Hubungan NGO, Khairul Firdaus Akbar Khan, berkata apa yang paling penting adalah memahami agenda NGO berkenaan supaya segala isu yang dilontarkan dapat dilihat dengan lebih adil.
“Kita tidak perlu mengarah atau mempelawa mereka.
Cuma yang paling penting hubungan. Setiap NGO di Malaysia perlu ada hubungan. Dengan Bersih pun kita kena ada hubungan.
Tidak perlu mereka masuk ke payung NGO kita,” katanya pada majlis makan tengahari bersama media di Kuala Lumpur, hari ini.
Khairul Firdaus berkata tiada gunanya mendekati NGO yang tidak mahu melakukan perubahan kerana sifat ekstremis dan cauvinis sememangnya perlu dielakkan.
Syed Hasan berkata, biro berkenaan boleh mencari mana-mana NGO yang lembut dan terlalu baik untuk menyertai mereka.
"Mereka boleh mencari mana-mana NGO pondan yang lemah lembut untuk bersama mereka," kata Syed Hasan.
Beliau turut mempersoalkan tindakan biro berkenaan, yang mana katanya sebelum ini sering memperlekehkan pertubuhan seperti Perkasa.
"Persoalannya kenapa baru sekarang ingin mendekati NGO seperti kami, kenapa tidak dari dahulu. "Sudah lemas baru tahu kepentingan NGO seperti kami," katanya.
Biro Hubungan NGO merupakan biro baru yang ditubuhkan di bawah sayap Pemuda Umno bagi mengukuhkan hubungan Pemuda dengan NGO di serata Malaysia.
Enam kluster yang ditekankan oleh NGO di bawah gabungan itu adalah pendidikan, ekonomi dan kos sara hidup, keselamatan, perancangan keluarga, kepenggunaan serta agama. - The Malaysian Insider
* Pemuda Umno Tidak Mahu PERKASA, ISMA Lari Sertai Kumpulan NGO Baharu
No comments:
Post a Comment