utusan malaysia terkini
Malang Menimpa Lagi Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), Penumpang Saman MAS Di Mahkamah Australia
IdaMan
Malang Menimpa Lagi Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), Penumpang Saman MAS Di Mahkamah Australia
Enggan sedia kerusi roda, penumpang saman MAS di Mahkamah Australia |
Memetik Malaysia Kini, Vineetha Latha Warnakulasuriya, 72, berkata kejadian itu berlaku pada 4 April lalu apabila dia tiba di Sri Lanka dari Kuala Lumpur dengan pesawat Penerbangan MH179 dan meminta kerusi roda daripada kakitangan bertugas.
Bagaimanapun, Vineetha mendakwa, dia diberitahu bahawa kerusi roda tidak boleh dibawa masuk ke dalam pesawat dan perlu keluar ke lokasi kerusi roda itu akan dibawa.
Dalam pernyataan tuntutannya, Vineetha berkata, dia tidak ada pilihan tetapi terpaksa mematuhi arahan terbabit dan cuba bangun dari tempat duduknya tetapi terjatuh ke lantai menyebabkan mengalami kecederaan.
Pernyataan tuntutan itu difailkan di Mahkamah Daerah Brisbane semalam (17 Jun) dengan Vineetha memegang dua kerakyatan iaitu di Sri Lanka dan Australia.
Beliau mendakwa mengalami keretakan tulang pada tibia kanannya (tulang kering) dan kerosakan ligamen di tempurung lutut kanannya akibat terjatuh.
Menurut dokumen itu, Vineetha meminta kerusi roda kerana sebelum itu dia sudah terjatuh di Lapangan Terbang Melbourne hingga mengalami kecederaan pada lutut kanannya.
- selangorkini
No comments:
Post a Comment