Friday, June 6, 2014

Lagi gadis ditembak kerana nikahi lelaki yang dicintai


utusan malaysia terkini

Lagi gadis ditembak kerana nikahi lelaki yang dicintai


indah.com

Lagi gadis ditembak kerana nikahi lelaki yang dicintai

6/6/14
Nikahi pria dicintainya, gadis Pakistan ditembak dan dibuang
Saba Maqsood. ©Reuters 
 Polis  Pakistan mengatakan Saba Maqsood, gadis 18 tahun dari Hafizabad, Wilayah  Punjab, menderita cedera parah setelah ditembak dua kali lalu tubuhnya dibuang di selokan lantaran menikahi lelaki yang dicintainya.

Gadis malang itu diserang oleh ayah,  bapa saudara, kakak, dan ibu saudaranya, seperti dilapor surat khabar the Daily Mail, Jumaat  6/6/14.

Juru cakap polis, Ali Akbar menyatakan peristiwa itu merupakan sebahagian dari tradisi pembunuhan demi kehormatan.

"Korban, Saba, menikahi lelaki dekat rumahnya Muhammad Qaiser lima hari lalu kerana dia mencintainya. Pernikahan itu menentang kemahuan keluarganya," kata Akbar.

"Mereka membawa Saba ke Hafizabad, menembaknya dua kali dan melemparnya ke selokan setelah dia dimasukkan ke dalam karung kerana dianggap sudah mati."

Namun Akbar mengatakan Saba adalah seorang gadis yang berani. Dia berhasil keluar dari selokan dan menuju stesyen minyak terdekat tempat pasukan penyelamat kemudian segera membawanya ke rumah sakit.

Keluarga berpandangan kolot di Pakistan masing-masing  menganggap gadis yang menikahi lelaki yang dipilih kerana dicintainya adalah aib bagi keluarga. Penolakan itu boleh menjadi alasan bagi pembunuhan demi kehormatan keluarga.

Bulan lalu wanita Pakistan bernama Farzana Iqbal juga diserang dan dibunuh keluarganya lantaran menikahi lelaki yang  dicintainya. Merdeka.com






No comments:

Post a Comment