Friday, June 6, 2014

Guru tidak akan sertai BN kata Dr Mahathir


utusan malaysia terkini

Guru tidak akan sertai BN kata Dr Mahathir


indah.com

Guru tidak akan sertai BN kata Dr Mahathir

sinarharian
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semasa  sesi soal jawab selepas menyampaikan Syarahan Perdana Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bertajuk "Contemporary Islamic Lifestyle:Fitting in or Taking the Lead" di sini, hari ini. _ Foto Bernama  Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semasa sesi soal jawab selepas menyampaikan Syarahan Perdana Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bertajuk "Contemporary Islamic Lifestyle:Fitting in or Taking the Lead" di sini, hari ini. _ Foto Bernama
GOMBAK - Gesaan pemimpin Umno supaya penjawat awam khususnya guru kembali ke pangkuan BN dengan membenarkan mereka berpolitik hanya akan merugikan parti itu.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tiada jaminan warga pendidik itu berpihak dan memberi sokongan kepada parti pemerintah jika mereka diberi kelonggaran untuk menceburi bidang politik.

"Mereka (guru) tidak akan sertai BN tetapi mereka sertai Pas dan kerajaan akan hadapi masalah bila guru menjadi pengikut parti pembangkang.

"Kerajaan kena ingat apabila mereka masuk politik, mereka tidak semestinya menyokong BN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'Siri Syarahan Perdana Presiden' di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam yang meminta warga pendidik itu kembali ke pangkuan BN.

Katanya keputusan kerajaan sebelum ini menyekat guru dari menyertai politik adalah satu kesilapan dan boleh melemahkan BN.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir menambah jika cadangan itu tidak diperhalusi, kelonggaran itu dikhuatiri akan mengancam kerajaan kelak.

"... mereka bukan sahaja tidak akan sertai BN malah lebih buruk lagi akan menentang kerajaan pemerintah," katanya lagi.






No comments:

Post a Comment