Sunday, June 1, 2014

Apa Lagi Yang Rakyat Mahu !, Minyak, Tepung Kurang Di Pasaran, Harga Naik Bebankan Rakyat


utusan malaysia terkini

Apa Lagi Yang Rakyat Mahu !, Minyak, Tepung Kurang Di Pasaran, Harga Naik Bebankan Rakyat


IdaMan

Apa Lagi Yang Rakyat Mahu !, Minyak, Tepung Kurang Di Pasaran, Harga Naik Bebankan Rakyat


Pengguna di Kedah kini berdepan masalah kekurangan bekalan minyak masak dan tepung gandum serta kenaikan harga barangan itu sejak minggu lalu.

Tinjauan harga barangan itu di Pasar Besar Alor Setar mendapati minyak masak dijual RM3.20 sekilogram berbanding RM2.50 sebelum ini manakala tepung gandum pula RM1.35 sebelum ini meningkat kepada RM1.80 sekilogram.

Seorang peniaga kuih, Mah Toh Hamid, 70, berkata kenaikan harga dua barangan penting itu membebankan pengguna terutama peniaga makanan sedangkan harga dua barangan itu bersubsidi dan tidak sepatutnya meningkat.

Katanya, kenaikan harga tepung dan minyak itu mengakibatkan mereka terpaksa menanggung kerugian selain tidak boleh menaikkan harga kuih-muih sewenang-wenangnya.

"Kami berniaga kecil-kecilan saja... untung pun sedikit sahaja. Kalau dulu minyak dan tepung harga murah kita dapat buat kuih pada harga yang murah kepada pelanggan," katanya ketika ditemui di Pasar Besar Alor Setar, hari ini.

Idrus Mohd Lazim, 45, yang juga pengusaha makanan berkata dia terpaksa membeli juga dua barangan itu untuk menjalankan perniagaan walaupun pada harga yang agak mahal.

"Mahu atau tidak kita kena beli sebab hendak berniaga. Kalau tidak beli kita terpaksa gulung tikar dan bagaimana kita hendak dapatkan sumber pendapatan untuk keluarga.

"Saya terpaksa guna minyak pada kuantiti yang banyak iaitu lebih 10 kilogram sehari. Banyak kedai minyak habis dan macam mana saya nak menjalankan perniagaan kalau situasi ini berterusan," katanya.

Bagi peruncit, Azizah Said, 53, kekurangan minyak di kedai runcitnya disebabkan tidak menerima bekalan minyak sejak beberapa hari lalu kerana pemborong kehabisan bekalan.

Katanya, ini menyebabkan dia terpaksa mengehadkan penjualan minyak yang sedia ada di kedainya kepada pengguna bagi membolehkan orang lain turut sama membeli barangan tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Kedah, Datuk Yusof Ismail berkata pihak bertanggungjawab perlu menyiasat segera kenaikan harga serta kekurangan barangan tersebut agar tidak berterusan.

Beliau mendakwa berlaku kebocoran dalam kalangan pemborong kerana pemborong mempunyai bekalan minyak dan tepung yang mencukupi untuk diagihkan kepada peruncit.

"Masalah bekalan tidak cukup apabila menjelang bulan Ramadan tidak lama lagi dan senario ini akan berulang setiap tahun," katanya.

- Bernama






No comments:

Post a Comment