utusan malaysia terkini
Salah istilah ‘selfie’, Najib terima nota pembetulan!!
indah.com
Salah istilah ‘selfie’, Najib terima nota pembetulan!!
on Monday, May 5, 2014
Nota selfie untuk Najib. Nota pembetulan panjang lebar daripada penulis Uthaya Sankar SB untuk Najib supaya dapat membezakan antara selfie dan usie.“My selfie with President Obama!” Demikian catatan pada foto yang dipaparkan dengan penuh bangga oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak menerusi Facebook pada 27 April 2014 selepas berpeluang bertemu Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.
Sebagai seorang pengamal media dan perunding media, saya hanya mampu menepuk dahi memikirkan kejahilan dan kebodohan Najib terhadap istilah sebenar perkataan tersebut.
Foto yang dipaparkan bukanlah “selfie” tetapi “usie”.
Mungkin Najib tidak berpeluang mendengar penerangan lengkap yang diberikan Arlene Tan, Gouri Krishnan dan Tan Kim menerusi slot “Asean Breakfast Call” (Durian Asean, 14 April 2014).
Mungkin tidak ada sesiapa yang membisikkan ke telinga Najib bahawa “selfie” (atau lebih popular sebagai #selfie) melibatkan satu orang sahaja.
Sekiranya foto yang dirakam itu menampilkan lebih daripada seorang – kecuali Najib dan Obama adalah satu orang – maka istilah yang betul adalah “usie” (atau #usie).
Sumber
No comments:
Post a Comment