Friday, May 2, 2014

GST: PAS tuntut Presiden Cuepacs mohon maaf


utusan malaysia terkini

GST: PAS tuntut Presiden Cuepacs mohon maaf


indah.com

GST: PAS tuntut Presiden Cuepacs mohon maaf

SALMIYAH HARUN | 02 Mei 2014.
KUALA LUMPUR: PAS menuntut Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Azih Muda memohon maaf kepada seluruh kakitangan perkhidmatan awam kerana melabelkan mereka sebagai pengkhianat.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, Presiden Cuepacs tidak wajar melabelkan kakitangan awam sedemikian kerana hanya menyertai Himpunan Bantah GST.

Tegas Mahfuz, sepatutnya Cuepacs bertanggungjawab membela nasib pekerja kakitangan awam yang saban hari terus terhimpit dengan kenaikan kos hidup.

"Sebagai kakitangan mereka ada hak untuk tuntut apa yang mereka mahu apabila berdepan dengan tekanan kenaikan kos hidup.

"Himpunan semalam bukan khianat kerajaan tetapi mahu menuntut hak dan sepatutnya kerajaan dengar tuntutan itu," katanya dalam sidang media hari ini di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut.

Berhubung aku janji kakitangan awam dengan kerajaan, jelas Mahfuz ianya tidak wajar ditimbulkan kerana kerajaan  juga mempunyai aku janji dengan rakyat.

"Iaitu berjanji untuk membela nasib rakyat dan pekerja, berjanji untuk mendengar denyut nadi rakyat. Ini pun aku janji," katany yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Mahfuz berkata demikian bagi mengulas kenyataan Azih Muda kerana melabelkan kakitangan awam yang menyertai Himpunan Bantah GST semalam sebagai pengkhianat dan tidak layak memegang jawatan dalam sektor awam.

Azih Muda dilaporkan berkata, mana-mana penjawat awam yang didapati terlibat dalam perhimpunan itu boleh dikenakan tindakan tatatertib jika ditangkap.

"Mereka bukan sahaja mengkhianati amanah, malah tidak layak dipanggil penjawat awam dan kalau mereka sanggup mencabar kerajaan maka bersedialah untuk menerima tindakan selanjutnya," ujar beliau dalam laporan sebuah akhbar hari ini. - HARAKAHDAILY 2/5/2014






No comments:

Post a Comment