Tuesday, May 20, 2014

[Gempar] KLIA2 Tidak Selamat !


utusan malaysia terkini

[Gempar] KLIA2 Tidak Selamat !


IdaMan

[Gempar] KLIA2 Tidak Selamat !


Tayar pesawat di atas landasan lembut di klia2. – Gambar The Malaysian Insider, 20 Mei, 2014.
Tayar pesawat di atas landasan lembut di klia2
Kebimbangan keselamatan di klia2 kerana jalan rayap landasan tenggelam, tempat letak pesawat

Kebimbangan keselamatan muncul lagi di klia2 berikutan jalan rayap landasan dan tempat letak pesawat tenggelam secara perlahan-lahan kerana hujan lebat dan kesan daripada beratus-ratus pendaratan dan perlepasan pesawat di terminal lapangan terbang bajet baru itu.

Sumber daripada industri penerbangan memberitahu The Malaysian Insider terdapat “kolam” atau tempat pengumpulan air di apron lapangan terbang pada Ahad selepas hujan lebat di lapangan terbang di Sepang bernilai RM4 bilion itu, dua minggu selepas operasi bermula.

Mereka juga berkata terdapat laporan pesawat penumpang AirAsia Airbus 320 bergerak di tempat letak pesawat tidak rata walaupun sudah mengundi tayar daripada bergerak.

AirAsia merupakan pelanggan terbesar lapangan terbang itu.

"Apa yang berlaku adalah apabila brek dilepaskan pada roda utama, pesawat bergerak ke belakang kerana cerun. Dalam kes ini, momentum hanya cukup untuk menyebabkan ia memanjat dan berhenti di penyendal.

Penyendal pesawat yang kita digunakan adalah seperti yang diperlukan Airbus.

"Ini berlaku setiap hari dan kami meminta orang-orang kami supaya jangan berada di belakang pesawat apabila melepaskan brek. Ia menjadi sangat berbahaya," kata satu sumber itu kepada The Malaysian Insider.

Difahamkan AirAsia kini sedang bekerjasama dengan pengendali lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) untuk menyelesaikan perkara itu walaupun lapangan terbang tersebut sudah pun lulus pemeriksaan oleh Penerbangan Awam Antarabangsa Antarabangsa (ICAO) beberapa minggu sebelum ia dibuka.

Terminal lapangan terbang baru itu terletak dua kilometer arah barat dari terminal utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kawasan 10,000 hektar di mana KLIA terletak terdahulu merupakan ladang kelapa sawit dan getah serta hutan paya bakau, di mana klia2 sekarang berada.

Kawasan tenggelam (lekuk) di Q11 yang berlaku apabila pesawat diparkir di sana. Kawasan itu kini ditutup. – Gambar The Malaysian Insider, 20 Mei, 2014.
Kawasan tenggelam (lekuk) di Q11 yang berlaku apabila pesawat diparkir di sana. Kawasan itu kini ditutup
Difahamkan pekerja MAHB sedang sibuk menurap semula landasan di terminal klia2 selepas pegawai AirAsia mengadu keadaan landasan yang lembut dan menggunakan desiphalt - bahan campuran penurapan asfalt (bitumen) dan konkrit, daripada menggunakan asfalt sahaja yang biasa digunakan untuk permukaan tersebut.

Seorang juruterbang memfailkan laporan kepada penerbangannya, dengan laporan yang mengatakan beliau mengalami 'lima lekukan' pada jalan rayap U4 di lapangan terbang itu.

"Ini dapat kami rasakan sebagai impak yang besar pada pesawat apabila hendak berlepas pada kelajuan 15 knot.

"Tiga daripadanya terletak di zon sayap P sebelum SkyBridge apabila sedang berlepas ke arah landasan 33, Setakat yang saya ingat ia selari dengan laluan P3 dan P5. Dua lagi lekukan berada di kawasan laluan Q7.

Akan lapor segera jika dapat berlepas daripada U4 lagi," kata juruterbang itu dalam laporan yang dilihat The Malaysian Insider.

Juruterbang itu juga memberitahu penerbangannya beliau mengelak daripada jalan rayap U4 sejak 11 Mei dengan "memohon untuk laluan berlepas yang lain daripada pengawal trafik jika dibenarkan, untuk keselesaan penumpang."

AirAsia, penerbangan bajet terbesar Asia merupakan penyumbang 80% daripada penumpang yang menggunakan terminal itu melalui penerbangan domestik, serantau dan antarabangsa, iaitu 400 pergerakan pesawat dalam sehari.

Penerbangan lain yang beroperasi di klia2 termasuk Malindo Air, Cebu Pacific Air, Tiger Airways Singapore, Lion Air dan Mandala Airlines milik Indonesia.

Terminal lapangan terbang itu yang berupaya memuatkan 45 juta penumpang setiap tahun, dibina untuk menggantikan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) berdekatan dengan pusat kargo KLIA.

Namun projek yang memulakan pembinaan pada 2009 itu ditangguhkan beberapa kali disebabkan pertukaran rekabentuk dan kerja-kerja tanah.

Bajet juga melambung daripada RM2 bilion kepada RM4 bilion yang menurut MAHB adalah kerana beberapa permintaan daripada AirAsia dan agensi-agensi lain.

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sudah pun mengemukakan pertanyaan tentang penangguhan projek dan kos, termasuklah geran RM100 juta daripada kerajaan untuk sambungan Express Rail Link (ERL) kepada terminal.

AirAsia pada mulanya enggan berpindah operasinya pada 9 Mei, mengatakan kebimbangannya tentang keselamatan operasi penerbangan, tetapi Putrajaya mengarahkan penerbangan itu untuk berpindah kerana mereka akan menghentikan pemeriksaan imigresen dan kastam di LCCT selepas tarikh tersebut.


                                   Pemilik AirAsia mengadu masalah di klia2

Kebimbangan terhadap isu keselamatan di landasan Lapangan Terbang klia2 yang bernilai RM4 bilion timbul sekali lagi apabila pelanggan terbesarnya, AirAsia hari ini mengadu menghadapi masalah sistem pengurusan terminal.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dalam akaun Twitter miliknya pagi tadi ketika memberikan respon mengenai isu kerosakan mesin daftar masuk berkata; "Kami tidak boleh pakai mesin daftar masuk sendiri, tidak boleh promosikan jenama kami. Adakah ini satu bentuk kerjasama kepada penerbangan yang banyak menyumbang kepada pertumbuhan industri?"

Fernandez kemudian menambah: "Berulang kali saya katakan. Lapangan terbang Malaysia perlu sedar sistem penerbangan yang menjana perkembangan mereka. Mereka perlu bekerjasama dengan syarikat penerbangan, bukan membuli mereka".

Beliau yang kelihatan kecewa terus meluahkan perasaan melalui Twitter dan menamakan bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

"@saifuddinabd Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) ada akses besar dengan pemimpin kerajaan dan sebab itu mereka hanya dengar sebelah pihak sahaja, dan mencorakkan AirAsia sebagai watak jahat."

Fernandez turut membangkitkan persoalan terhadap Saifuddin: "@saifuddinabd antara ahli lembaga pengarah MAHB. Adakah mereka diberikan gambaran penuh? Ahli lembaga perlu adil dan objektif".

Saifuddin dalam respon melalui Twitter kemudiannya berkata; "@tonyfernandes malangnya sesetengah individu dalam kerajaan tidak dapat melihat wujudnya kerjasama tulen apabila menjalankan perniagaan dengan masyarakat awam. Sebab itu ada unsur buli + kebodohan."

AirAsia menghadapi kesukaran sebelum berpindah masuk ke terminal klia2 apabila membangkitkan persoalan mengenai keselamatan landasan yang berlekuk dan laluan teksi kepada c.

Bagaimanapun, seminggu sebelum pembukaan rasmi klia2 pada 2 Mei lalu, pemeriksaan kemudahan yang dijalankan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) kemudiannya memberikan lampu hijau kepada MAHB untuk memulakan operasi.

The Malaysian Insider hari ini melaporkan laluan teksi dan parkir pesawat mendap secara perlahan-lahan disebabkan hujan lebat dan impak daripada ratusan pesawat yang mendarat dan berlepas di terminal baru itu.

Sumber daripada industri penerbangan memberitahu The Malaysian Insider bahawa terdapat 'takungan air' di pelantar lapangan terbang pada Ahad lalu selepas hujan turun dengan lebat.

Sumber juga memberitahu, wujud laporan daripada beberapa individu yang menaiki AirAsia Airbus berkapasiti 320 penumpang mengadu pesawat bergerak atas jalan berlekuk walaupun mempunyai sistem menghalang roda daripada berpusing.

AirAsia, sebagai syarikat tambang murah terbesar di Asia menyediakan 80% perkhidmatan kepada penumpang melalui penerbangan domestik, penerbangan serantau, dan antarabangsa dengan 400 penerbangan pesawat sehari.

Turut beroperasi adalah syarikat penerbangan Malindo Air, Cebu Pacific Air, Tiger Airways Singapore, Lion Air dan Mandala Airlines milik Indonesia.

Terminal itu mampu menampung kapasiti 45 juta penumpang setiap tahun, dibina untuk menggantikan Terminal Penerbangan Tambang Murah berdekatan pusat kargo KLIA.

Pembinaan projek yang bermula sejak tahun 2009 itu mengalami kelewatan kerana masalah reka bentuk dan kerja-kerja tanah.

Kos pembinaan juga meningkat daripada RM2 bilion kepada RM4 bilion yang menurut MAHB adalah disebabkan beberapa permintaan daripada AirAsia dan agensi lain.

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) sebelum ini mempersoalkann kelewatan projek dan kos perbelanjaannya , termasuk geran RM100 juta yang diberikan kerajaan untuk sambungan laluan Express Rail Link (ERL) kepada terminal.

AirAsia pada mulanya pada 9 Mei lalu enggan berpindah atas alasan bimbang mengenai operasi penerbangan dan keselamatan, menyebabkan Putrajaya kemudiannya mengeluarkan arahan segera berpindah dan akan menghentikan pemeriksaan kastam dan imigresen di LCCT selepas tarikh tersebut.

The Malaysian Insider






No comments:

Post a Comment