Saturday, May 31, 2014

Gambar-Gambar Yang Di Ambil Tepat Pada Waktunya


utusan malaysia terkini

Gambar-Gambar Yang Di Ambil Tepat Pada Waktunya


dairishare

Gambar-Gambar Yang Di Ambil Tepat Pada Waktunya

Bagian lain dari gambar yang diambil pada masa yang tepat! Jika anda mempunyai kamera dan anda mempunyai peluang yang baik untuk menangkap detik yang sesuai untuk mengambil gambar.















Saya Tidak Akan Putus Asa Walaupun Kalah, Kata Dyana Sofya


utusan malaysia terkini

Saya Tidak Akan Putus Asa Walaupun Kalah, Kata Dyana Sofya


IdaMan

Saya Tidak Akan Putus Asa Walaupun Kalah, Kata Dyana Sofya



Walaupun DAP gagal mempertahankan kerusi parlimen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan namun calon parti itu, Dyana Sofya Mohd Daud tidak akan berputus asa dan mengecewakan harapan penduduk tempatan.

Beliau berkata, perjuangannya di Teluk Intan masih belum selesai termasuk menghentikan politik perkauman.

Menurutnya, beliau akan tetap berada dan fokus dalam perjuangannya untuk rakyat di Teluk Intan.

"Ini terutama (rakyat) yang memerlukan saya...jangan kecewa. Setialah bersama saya dan teruskan perjuangan yang belum selesai," katanya kepada pemberita di perkarangan pusat operasi DAP di sini, malam Sabtu.

Pada PRK kali ini Dyana Sofya tewas ditangan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong dengan majoriti 238 undi.

Mah memperoleh 20,157 undi manakala Dyana mendapat 19, 919 undi.

PRK Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN dan calon DAP berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu Seah Leong Peng, 48, dari DAP akibat kanser pada 1 Mei lalu.






Demi Mirip Super Model Gadis Cantik Ini Lakukan Pembedahan Plastik


utusan malaysia terkini

Demi Mirip Super Model Gadis Cantik Ini Lakukan Pembedahan Plastik


dairishare

Demi Mirip Super Model Gadis Cantik Ini Lakukan Pembedahan Plastik


Seorang gadis dari Korea Selatan sanggup membuat pembedahan plastik semata-mata ingin kelihatan seperti model terkenal jenama Victoria’s Secret, Miranda Kerr. Gadis tersebut muncul dalam satu episod bagi rancangan Martian X-Files, yang berkisarkan kehidupan aneh dan unik individu bukan selebriti dan kali ini tetamunya ialah seorang wanita yang menjalani pembedahan plastik untuk kelihatan seperti Miranda Kerr. Gadis tersebut sanggup melakukan pembedahan plastik untuk menyerupai idolanya itu.

“Saya nak kelihatan seperti Miranda Kerr, jadi saya mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan demi merealisasikan impian tersebut,” katanya.

Gadis itu berkata dia hanya melakukan pembedahan di bahagian mata dan hidung. Dan selebihnya hanya melalui solekan di wajah untuk kelihatan mirip Miranda Kerr – Gadis ini mulakan dengan langkah solekan asas. Langkah seterusnya ialah kening dengan menambah tirus tajam seperti Miranda. Gadis ini juga menghabiskan masa yang paling lama di bahagian mata, kemudian menambah beberapa penekanan pada bahagian bibir.








Tolak Berikan Nombor Telepon, Wanita Dipukul Hingga Mati


utusan malaysia terkini

Tolak Berikan Nombor Telepon, Wanita Dipukul Hingga Mati


indah.com

Tolak Berikan Nombor Telepon, Wanita Dipukul Hingga Mati

31/5/14
 
Gambar hiasan
Beijing - Polis China menangkap enam orang yang memukul  seorang wanita hingga mati di sebuah restoran makanan segera   hanya keranadia menolak memberikan nombor teleponnya kepada orang-orang tersebut.

Seperti dilaporkan kantor berita Xinhua dan dilansir AFP, Sabtu (31/5/2014), insiden ini bermula ketika mangsa terlibat pertengkaran dengan enam orang, termasuk salah satunya masih remaja, pada Rabu (28/5) di sebuah restoran cepat saji di kota Zhaoyuan, Wilayah Shangdong.

Namun keenam orang tersebut malah memukul  korban secara brutal.

Polis setempat juga menuduh keenam orang tersebut terlibat dengan ajaran sesat   oleh otoriti China. Dilaporkan, keenam orang tersebut ingin merekrut wanita tersebut menjadi anggota kultus mereka. Namun wanita itu menolak dan terjadilah pertengkaran yang berakhir  pemukulan.

Menurut  polis  setempat, keenam orang tersebut merupakan anggota ajaran sesat  Quannengshen atau yang berarti Gereja Allah yang Mahakuasa, yang merupakan kultus hari kiamat yang telah dinyatakan sesat oleh otoriti China pada pertengahan tahun 1990-an silam.

Dalam foto yang beredar luas di media sosial setempat, terlihat korban yang tergeletak dalam keadaan telungkup dengan berlumuran darah. Korban dinyatakan meninggal setelah dikejarkan ke rumah sakit setempat.

Keenam pelaku yang ditangkap terdiri atas seorang  elaki dua wanita lainnya. Ada seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang juga ditangkap, namun dia akan dibicarakan secara terpisah kerana masih di bawah umur. detikNews






Budak-Budak Bila Dah Bosan Bershoping Inilah Jadinya


utusan malaysia terkini

Budak-Budak Bila Dah Bosan Bershoping Inilah Jadinya


dairishare

Budak-Budak Bila Dah Bosan Bershoping Inilah Jadinya

Kids Who Hate Shopping

















'Orang S'wak persoal gelar Tun Taib Mahmud'


utusan malaysia terkini

'Orang S'wak persoal gelar Tun Taib Mahmud'


indah.com

'Orang S'wak persoal gelar Tun Taib Mahmud'

- 31 May 2014
Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian berkata laporan demi laporan yang dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Tun Abdul Taib Mahmud menyebabkan rakyat sarawak kini mempersoalkan gelaran 'Tun' kepada bekas ketua menteri itu.

Taib, yang dikatakan salah seorang yang paling kaya di Asia Tenggara bersara pada 28 Februari lalu selepas menerajui Sarawak selama 33 tahun.

"Timbul persoalan apakah keputusan siasatan yang dijalankan oleh SPRM dan mengapa anugerah itu seolah-olah dirahsiakan.

"Mungkinkah ia untuk mengelakkan rasa malu yang protes terhadap anugerah itu kepada seorang lelaki yang kekayaan yang besar dipercayai dengan mengabaikan rakyat di negeri ini?," kata ADUN Ba'kelalan itu dalam perutusannya sempena hari Gawai hari ini.

Golongan Dayak yang membentuk lebih 70 peratus dari 2.6 juta rakyat Sarawak merayakan 'Hari Gawai Dayak' esok.

"Perayaan Gawai akan lebih bermakna sekiranya kita ada pemimpin yang berani dan adil serta tidak takut membetulkan perkara yang salah dan ketidakadilan yang berlaku setiap hari bagi memberi kita harapan di hari mendatang," kata Baru lagi






Inilah Kanak-Kanak 9 Tahun Paling Gemuk Di Dunia 150 Kg


utusan malaysia terkini

Inilah Kanak-Kanak 9 Tahun Paling Gemuk Di Dunia 150 Kg


dairishare

Inilah Kanak-Kanak 9 Tahun Paling Gemuk Di Dunia 150 Kg

Kabardino-Balkaria, Rusia - Seorang budak lelaki berusia 9 tahun bernama Dzhambik Khatokhov (atau dikenali sebagai Jambik) berat £ 324 / 150 kilogram , dengan ketinggian lima kaki 2-inci dan menjadikan beliau sebagai memegang rekod dunia untuk kanak-kanak paling gemuk.

Jambik dilahirkan  dengan berat  6lb 6oz - jumlah yang normal untuk bayi - tetapi pada ulang tahun pertamanya berat badannya meningkat lebih dari dua kali ganda.












Waheeda berhenti menyanyi demi menjaga aurat suara


utusan malaysia terkini

Waheeda berhenti menyanyi demi menjaga aurat suara


indah.com

Waheeda berhenti menyanyi demi menjaga aurat suara

Selepas mendirikan rumahtangga dengan ustaz Akhil Hayy, penyanyi yang terkenal dengan lagu Wassini seolah-olah terus tenggelam dari dunia seni. Apapun, semoga terus berbahagia buat Waheeda dan Akhil Hayy.

Penyanyi dan pelakon Waheeda tidak pernah berasa kesal apabila membuat keputusan meninggalkan dunia hiburan selepas berkahwin dengan pendakwah bebas iaitu Akhil Hayy
ohartis.com/ 31/5/14read more






MAYAT SUSPEK PENGGAL BUDAK PEREMPUAN DITEMUI


utusan malaysia terkini

MAYAT SUSPEK PENGGAL BUDAK PEREMPUAN DITEMUI


Berita Pantas92

MAYAT SUSPEK PENGGAL BUDAK PEREMPUAN DITEMUI

KUALA LUMPUR: Mayat suspek kes pembunuhan kejam kanak-kanak perempuan berusia 30 bulan yang ditemui dengan kepala bercerai dari badan di tebing Sungai Klang berhampiran Jalan Tun Sambanthan, kelmarin ditemui selepas dua hari pencarian. Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail mengesahkan mayat suspek berusia 27 tahun itu ditemui kira-kira jam 4 petang tadi di Sungai Klang berhampiran Plaza Tol Sunway Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).| Bm







Dikunci Majikan, 8 Wanita Mati Hangus di Dalam Bangunan


utusan malaysia terkini

Dikunci Majikan, 8 Wanita Mati Hangus di Dalam Bangunan


indah.com

Dikunci Majikan, 8 Wanita Mati Hangus di Dalam Bangunan

  31/5/14
 
Gambar hiasan
Manila - Kebakaran yang terjadi di sebuah bangunan di Manila, Filipina membunuh delapan wanita yang ada di dalamnya. Rupanya wanita-wanita tersebut dikunci oleh majikan mereka dari luar.

Mangsa kesukaran untuk keluar dan menyelamatkan diri kerana pintunya terkunci. Namun delapan wanita lainnya berhasil selamat setelah memanjat ke atap bangunan dua tingkat tersebut dan melompat ke bawah.

"Mereka (korban selamat-dapat menemui jalan keluar. Sangat beruntung mereka berhasil keluar melalui bumbung  dan melompat," ucap polis  yang menangani kes ini, Cris Gabutin, seperti dilapor AFP, Sabtu (31/5/2014).

Gabutin menyatakan, mayat delapan wanita yang terbunuh ditemui   dalam satu ruangan. "Tampaknya mereka terperangkap. Mungkin mereka panik dan tidak boleh menemui jalan keluar," ujarnya.

Menurut Gabutin, baru enam mangsa meninggal yang dapat dikenalpasti berusia antara 19-24 tahun. Kebakaran ini terjadi di kawasan pemukiman kelas menengah pada Jumaat (30/5) tengah malam.

Anggota keselamatan yang ada di bangunan sebelah lokasi kebakaran, Jayvee Arizapa mengaku melihat sejumlah wanita melompat dari atap. Namun dia tidak boleh melakukan apa-apa untuk membantu mereka.

"Kami dapat mendengar suara orang berteriak minta tolong dari dalam tapi kami tidak boleh membantu mereka erana temboknya terlalu tinggi," tuturnya.

Dalam keterangannya, Gabutin menyebutkan bahawa wanita-wanita tersebut berasal dari kampung dan dibawa ke Manila untuk bekerja di gudang yang menyimpan produk elektronik dan disk komputer. Gabutin menambahkan, wanita-wanita pekerja tersebut tidur di bangunan yang  ada di sebelah gudang tersebut, ketika kebakaran terjadi.

Penyebab kebakaran ini masih belum dikenalpasti. Namun  polis setempat telah menahan pemilik bangunan tersebut dan mengenakan banyak dakwaan terhadapnya, mulai dari perdagangan manusia, kelalaian yang menyebabkan kehilangan nyawa manusia dan menjalankanperniagaan  tanpa izin resmi.detikNews






Amerika sahkan seorang rakyatnya jadi pengebom bunuh diri di Syria


utusan malaysia terkini

Amerika sahkan seorang rakyatnya jadi pengebom bunuh diri di Syria


indah.com

Amerika sahkan seorang rakyatnya jadi pengebom bunuh diri di Syria

31/5/14
Amerika sebut seorang warganya jadi pembom bunuh diri di Suriah
Abu Hurayra al-Amriki. haaretz.com
 
B
 
Pe

 Pemerintahan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama kelmarin mengesahkan seorang rakyat negaranya telah melancarkan aksi bom bunuh diri di Syria .
"Saya dapat mengesahkan orang ini adalah warga negara Amerika yang terlibat dalam pengeboman bunuh diri di Syria," kata Juru cakap Kementerian Luar Negeri Amerika Jennifer Psaki kepada wartawan, seperti dilapor surat khabar Business Standard, Sabtu (31/5).

Psaki menolak untuk memberi kenyataan terperinci, tapi mengakui bahawa insiden ini merupakan pertama kalinya seorang warga Amerika terlibat dalam serangan semacam itu di Syria, sejak konflik meletus di sana pada March 2011 lalu.

Warga negara Amerika tersebut, yang menyebut dirinya Abu Huraira al-Amriki, melancarkan sebuah serangan bom truk di Wilayah Idlib, sebelah barat laut Syria, pada Ahad kelmarin.
Berita tersebut pertama kali disebarkan pada Selasa (27/5) di media sosial Twitter oleh Front An-Nusra, sebuah kelompok fanatik yang memiliki kaitan dengan Al-Qaidah dan memerangi rejim pemerintahan Presiden Syria Bashar al-Assad.
Merdeka.com






Ana Dahlia tampil bersama tunangnya ?


utusan malaysia terkini

Ana Dahlia tampil bersama tunangnya ?


Berita Pantas92

Ana Dahlia tampil bersama tunangnya ?



PENUH teka-teki. Itulah justifikasi paling mudah menggambarkan perhubungan yang wujud antara pelakon Ana Dahlia, 31, dan jejaka yang diikenali dengan nama Ubaidullah, 24.

Kosmo! yang diundang ke majlis sambutan Hari Ibu Rafflesia di Hotel Royal Kuala Lumpur baru-baru ini didedahkan dengan kenyataan media yang menyatakan Ana Dahlia tampil bersama tunangnya, Ubaidullah.

Membuahkan tanda tanya, pelakon filem Mantra itu sebelum ini pun sering dilihat bersama jejaka tersebut serta pernah memuat naik foto bersama di laman sosial Instagram.

Malah, ketika acara Anugerah Bintang Popular di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) baru-baru ini pun pasangan itu hadir bersama berpakaian sedondon.

Lantas, pihak media mendapatkan penjelasan lanjut daripada bekas isteri Cef Riz itu. Ikuti temu bual berikut.

Kosmo!: Ana Dahlia didakwa hadir bersama tunang anda, Ubaidullah pada majlis sambutan Hari Ibu kali ini. Benarkah?

ANA DAHLIA: Bukan, kami masih belum bertunang dan tiada sebarang ikatan lagi buat masa sekarang. Malah, ada ura-ura mengatakan kami bertunang pada bulan Mei dan bakal bernikah pada bulan Jun pun tidak benar sama sekali.

Jadi bilakah tarikh sebenarnya anda bakal bertunang?

Saya ada perancangan tapi masanya belum sampai lagi. Buat masa sekarang, saya tidak boleh hebohkan kepada peminat atau orang ramai takut nanti tak jadi, tetapi apabila sudah pasti, baru saya akan beritahu semua orang.
Bagaimanakah pula perancangan tentang majlis merisik?

Perancangan untuk merisik pun ada tetapi saya tidak berani maklumkan tarikh itu kerana majlis itu melibatkan kedua-dua buah keluarga. Saya harap semua orang faham.
Pastinya pertemuan antara keluarga anda dan dia sebelum ini ada membincangkan untuk persiapan seterusnya. Komen anda?

Keluarga kami masing-masing memahami, malah mereka terlebih dulu akan berbincang dengan kami untuk peringkat selanjutnya. Mereka menghormati, memahami dan menyokong keputusan kami.
Anda dilihat seperti tidak yakin dengan hubungan yang terjalin sekarang. Kenapakah?


Banyak perkara yang perlu difikirkan ke hadapan dan saya perlu lebih berhati-hati kali ini. Kalau benar dia jodoh saya, Insya-Allah, kami akan bersama. Saya cuma berdoa yang terbaik.
Apakah kriteria yang membuatkan anda selesa dengan dia (Ubaidullah)?

Kami tinggal sekampung sebenarnya, cuma sebelum ini kami tidak terlalu rapat. Selepas beberapa perkara yang terjadi sebelum ini (bercerai), dia lebih mengambil berat dan lebih kurang setahun lalu, kami menjadi lebih akrab. Saya selesa kerana cara dia dan sejujurnya, kami mempunyai keserasian. Untuk menyatakan dia romantik rasanya tidak.
Jarak usia tujuh tahun yang membezakan anda dan dia mungkin mendorong perbezaan cara berfikir. Bagaimanakah persiapan anda untuk tidak mengelakkan berlaku sekali lagi perceraian?

Dia nampak tenang tapi tegas perihal agama dan saya akui resipi rumah tangga yang harmoni adalah agama yang kukuh. Bagi saya, selagi dia boleh mendidik saya dengan baik, Insya-Allah segalanya berjalan lancar. Selain itu terima baik dan buruk seseorang, adakalanya tidak matang itu perlu bagi seseorang wanita untuk rasa lebih ceria.
Sepanjang perkenalan, adakah kalian berbincang mengenai syarat dalam perhubungan selepas ini?

Jika kita suka dengan seseorang itu sudah pasti akan menerimanya seadanya dan masing-masing perlu tahu batasan.
Selepas dua kali bercerai, apakah kualiti yang ada pada anda untuk keluarga dan dia menerima anda?

Mungkin cara saya yang menyenangkan mereka. Saya seorang wanita yang selalu memikirkan persepsi orang ramai terhadap saya. Ada masanya rasa tidak yakin dengan diri sendiri tetapi Alhamdulillah, saya gembira kerana keluarganya menerima saya dengan baik sama seperti keluarga saya.
Sudikah anda berkongsi perkembangan terkini?

Saya sedang menjalani penggambaran di Johor untuk drama berjudul Mencari Luqmanulhakim dan selepas ini akan ke Kedah untuk penggambaran muzikal hari raya Aidilfitri.




Jom Belajar Cara Mudah Untuk Memasak Guna Sebatang Kayu


utusan malaysia terkini

Jom Belajar Cara Mudah Untuk Memasak Guna Sebatang Kayu


dairishare

Jom Belajar Cara Mudah Untuk Memasak Guna Sebatang Kayu

Biasanya dikenali sebagai 'Swedish Fire Torch', kaedah memasak di luar rumah ini bukan sahaja menyediakan haba yang di perlukan untuk memasak hidangan yang lazat (atau merebus air dalam periuk ), tetapi ia juga boleh diletakkan periuk atau kuali.

Ia adalah satu bahan bakar yang kemas dan terkawal yang agak berkesan untuk memasak. Bagi mereka yang tidak mempunyai peralatan memasak di luar rumah besar, gambar di bawah  menunjukkan bagaimana ianya boleh ditiru dengan mudah. Berikut adalah bagaimana cara untuk anda membuat dapur dari sebatang kayu.