Wednesday, September 10, 2014

Polis Selamatkan Wanita yang DikurungSelama 3 Tahun


utusan malaysia terkini

Polis Selamatkan Wanita yang DikurungSelama 3 Tahun


indah.com

Polis Selamatkan Wanita yang DikurungSelama 3 Tahun

10/09/2014 

Gunja Devi  
 Gunja Devi's problems began soon after her marriage in 2010
Polis di negara   Bihar, India utara, mengatakan seorang wanita sedang dalam proses pemulihan setelah tiga tahun dikurung di sebuah bilik mandi oleh suami dan mertuanya. Pengurungan dilakukan sebagai hukuman keatasnya kerana tidak memenuhi mahar kahwin dan melahirkan seorang anak perempuan yang kini berusia tiga tahun.

Laporan-laporan menyebutkan ibu muda berusia 25 tahun itu, Gunja Devi, dan puterinya juga dilarang untuk saling bertemu.

Mahar kahwin sudah ditetapkan sebagai hal yang melanggar hukum lebih dari 15 tahun lalu namun praktiknya masih berlangsung secara meluas. Ribuan wanita  di India meninggal setiap tahunnya kerana sengketa tentang mahar kahwin ini.

Menurut laporan laman berita India, PTI, mangsa diselamatkan oleh polis pada Ahad   7 September dari sebuah rumah di Darbhana, setelah mendapat laporan dari ayah wanita itu.

Sisa makanan


Seorang perwira, Seema Kumari, menemui wanita itu mengenakan pakaian compang-camping, rambut kering yang tidak disisir, dan kuku yang amat panjang.

"Wanita itu sukar sekali membuka matanya di bawah sinar matahari kerana dia tinggal di dalam  gelap dan suram di sebuah ruang kecil," jelas Seema Kumari.

Wanita itu mengatakan dia dilempar ke dalam bilik mandi dan dikunci dengan hanya mendapat sisa-sisa makanan secara tidak teratur. Dia langsung bertanya tentang puterinya yang berusia tiga tahun dan menangis ketika anak itu tidak mengenalinya lagi.

Polis  sudah menetapkan suami dan kedua mertuanya sebagai suspek dan kini berada dalam tahanan polis
sumber:BBC World - detikNews






No comments:

Post a Comment