utusan malaysia terkini
Krisis PR antara punca kemenangan majoriti
indah.com
Krisis PR antara punca kemenangan majoriti
Calon BN Mat Razi Mat Ail menang dengan majoriti 2635 undi mengalahkan Calon Pas Wan Rosdi Wan Ibrahim dan Calon Bebas Izzat Bukhary Ismail Bukhary dalam PRK Pengkalan Kubor. - Foto Sinar Harian oleh Khiru Shaleh Abdullah
PENGKALAN KUBOR - Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kemenangan majoriti lebih besar calon Barisan Nasional, Mat Razi Mat Ail di PRK Dun Pengkalan Kubor adalah berpunca daripada krisis yang berlaku dalam PR.
Muhyiddin berkata, rakyat Kelantan bijak menilai kerana mereka percaya hubungan PR sudah tidak lagi menunjukan mereka mampu mentadbir Selangor dan Malaysia dengan baik.
"Saya kira banyak faktor (kemenangan) pertama ialah keberkesanan jentera, serta kempen kita yang lancar terutama mengenai penjelasan isu royalti minyak.
"...dan faktor seterusnya ialah apa yang berlaku di Selangor iaitu rakyat melihat satu hubungan yang tidak mantap antara Pas, PKR dan DAP, saya percaya pengundi dapat membuat penilaian apa yang berlaku di sana," katanya ketika sidang media selepas pengumuman kemenangan calon BN di Pengkalan Kubor di sini hari ini.
Dalam pada itu, Muhyiddin mengucapkan tahniah kepada calon BN kerana berjaya memperoleh kemenangan pada PRK kali ini.
"Tahniah, kerana berjaya memperolehi kemenangan kali ini.
"Kemenangan ini sangat luar biasa," katanya.
Terdahulu calon BN diumumkan sebagai pemenang di PRK Pengkalan Kubor selepas mengalahkan calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim dengan majoriti besar iaitu 2,635.
Mat Razi memperoleh undi 9,961 manakala Wan Rosdi mendapat 7,326 manakala calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary hanya memperoleh 38 undi.

No comments:
Post a Comment