utusan malaysia terkini
[Dedah] Bekas Wakil Rakyat Menerima Pencen Serendah RM1,300
IdaMan
[Dedah] Bekas Wakil Rakyat Menerima Pencen Serendah RM1,300
Tan Sri Abdul Aziz Rahman |
Nasib bekas wakil rakyat menerima pencen serendah RM1,300 yang tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup pada masa kini sudah dikemukakan kepada kerajaan bagi membantu golongan berkenaan.
Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Tan Sri Abdul Aziz Rahman, berkata pihaknya sudah menyerahkan satu memorandum khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang meminta kerajaan supaya melihat masalah dihadapi bekas wakil rakyat di negara ini.
Katanya, persepsi orang ramai mengatakan bahawa bekas wakil rakyat sudah tentu menerima pencen tinggi tetapi hakikatnya ada diantaranya menerima jumlah serendah RM1,300 yang melayakkan mereka menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
"Itu masalah dihadapi bekas wakil terutamanya yang berkhidmat selama satu penggal sahaja, mereka ini tidak menerima pencen tinggi, ada yang terpaksa membuat pelbagai pekerjaan bagi menampung kehidupan.
"Mubarak sudah sudah serahkan memorandum kepada Perdana Menteri untuk mengatasi masalah ini dan kita juga berharap supaya kerajaan mengikut jejak langkah Sarawak serta Selangor yang sudah menaikkan gaji wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan kepada bekas Ahli Parlimen Rompin, Datuk Mohd. Amin Mohd. Daud di sini hari ini.
Bantuan itu adalah hasil sumbangan Yayasan Golf Amal Tan Sri Muhyiddin (TSMCG) bagi membantu pelbagai pihak termasuk bekas wakil rakyat di negara ini yang mengalami pelbagai masalah kesihatan.
Mubarak turut menyerahkan sumbangan Najib kepada balu bekas exco kerajaan negeri, Allahyarham Datuk Dr Yusuf Mohd. Ali yang meninggal dunia minggu lalu.
Sementara itu Abdul Aziz berkata, buku '100 Wira Negara' hasil karyanya yang diterjemah ke Bahasa Inggeris menerusi kerjasama dengan kerjasama Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) akan diserahkan ke beberapa institut pengajian tinggi di luar negara untuk dibaca penuntut dari negara ini.
"Buku itu menampilkan riwayat hidup dan pengorbanan beberapa tokoh besar negara seperti Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein dan Datuk Lee Chong Wei (pemain badminton nombor satu dunia), Tan Sri P.Ramlee supaya mereka tidak lupa ikon-ikon Malaysia dari segala bidang yang secara tidak langsung dapat menghayati dan mengenali mereka dengan lebih dekat lagi.
"Kita akan serahkannya kepada beberapa institut pengajian tinggi di luar negara selepas dilancarkan pada Festival Buku Antarabangsa di Frankfurt, Jerman, 11 Oktober depan," katanya.
- KOSMO
No comments:
Post a Comment