utusan malaysia terkini
INILAH Wajah Pengodam Mesin ATM ?
BeritaPantas92
INILAH Wajah Pengodam Mesin ATM ?
Setakat semalam (Isnin) sebanyak 10 kes (dua kes pada hari Ahad dan lapan kes pada hari Isnin) berkaitan pengeluaran wang di mesin-mesin ATM yang melibatkan kerugian lebih dari RM1 juta ringgit.
Setakat ini, kes pengodaman mesin ATM hanya melibatkan Bank Al- Rajhi, Bank Affin dan Bank Islam di Negeri Selangor dan berikut adalah lokasi bank-bank yang telah digodam:
1. Cawangan bank: Al- Rajhi Kota Damansara, PJ
Masa Kejadian: 29.9.14 @ 12:46 am Kerugian: RM285,700
2. Cawangan bank: Affin Bank Jalan Yong Shook Lin, PJ
Masa kejadian: 27.9.14 Kerugian: RM303,000
3. Cawangan bank: Affin Bank USJ10/1J
Masa kejadian: 27.9.14 @ 5:30 pm Kerugian: RM265,000
4. Cawangan bank: Al- Rajhi Seksyen 9, Shah Alam
Masa kejadian: 29.9.14 @ 12:30 pm Kerugian: RM116,000
5. Cawangan bank: Al-Rajhi Wisma Metro Kajang
Masa kejadian: 29.9.14 @ 12:46 am Kerugian: belum diketahui
6. Cawangan bank: Al-Rajhi Puchong
Masa kejadian: 29.9.14 @ 01:12 am Kerugian: belum diketahui
7. Cawangan bank: Al-Rajhi Kelana Jaya
Masa kejadian: 29.9.14 @ 12:46 am Kerugian: belum diketahui
8. Cawangan bank: Al-Rajhi Jalan Raja Bot, Klang
Masa kejadian: 29.9.14 @ 4:00 pm Kerugian : RM150,000
9. Cawangan bank: Bank Islam Seksyen 14, PJ
Masa kejadian: 29.9.14 @ Kerugian: RM 395,850
10. Cawangan bank: Bank Islam Jalan PJU 5/5 Dataran Sunway
Masa kejadian : 29.9.14 @ Kerugian: RM: 221,160
Dari raut wajah suspek-suspek yang dirakam dari CCTV tersebut, mereka dipercayai berumur dalam lingkungan 20 ke 30-an.
Sumber polis memberitahu Sarawakiana bahawa pihak berkuasa di setiap sempadan di seluruh negara sedang dalam keadaan berjaga-jaga dan siap-siagam sekiranya suspek-suspek tersebut ingin melarikan diri dari negara ini.,...Sumber www.suara.tv
No comments:
Post a Comment