Monday, September 29, 2014

Peraturan Baru Cermin Gelap Kuatkuasa 1 November Depan


utusan malaysia terkini

Peraturan Baru Cermin Gelap Kuatkuasa 1 November Depan


IdaMan

Peraturan Baru Cermin Gelap Kuatkuasa 1 November Depan


[gambar fail]
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan peraturan baru berhubung penggunaan cermin gelap bermula 1 November depan.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Ismail Ahmad berkata pelaksanaan peraturan baru itu menetapkan kadar ketelusan cahaya nampak (VLT) bagi cermin belakang dan sisi penumpang belakang dikurangkan daripada 50% kepada 30%.

Beliau berkata kadar VLT bagi cermin hadapan dan sisi pemandu pula masing-masing kekal pada kadar 70% dan 50%.

"Peraturan ini selaras dengan standard atau piawaian antarabangsa di beberapa negara luar," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan Ketua Pengarah JPJ bersama anggota penguatkuasa dan pemeriksa kereta motor peringkat zon selatan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata peraturan baru itu terpakai kepada semua kenderaan di negara ini termasuk kereta import.

Ismail berkata pengguna jalan raya yang gagal mematuhi peraturan baru itu boleh dikompaun RM300 dan sekiranya kes tersebut dibawa ke mahkamah mereka boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara dua minggu atau kedua-duanya di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991.

Bagaimanapun, katanya pengecualian terhadap peraturan itu diberikan kepada penggunaan kenderaan bagi beberapa jawatan tertentu seperti Yang di-Pertuan Agong, Sultan, perdana menteri, timbalan perdana menteri, ketua menteri, ketua hakim dan juga kenderaan agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia dan Kastam Diraja Malaysia.

Katanya pengecualian peraturan itu bagi tujuan keselamatan individu berkenaan dan juga anggota penguatkuasaan dalam melaksanakan operasi pencegahan jenayah yang berisiko tinggi.

Dalam perkembangan lain, Ismail berkata jumlah saman yang dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan di negara ini meningkat daripada 611,000 saman pada 2012 kepada 1.02 juta saman pada tahun lepas.

Katanya jumlah itu dijangka meningkat sehingga 1.2 juta pada 31 Disember ini berdasarkan peningkatan operasi penguatkuasaan dan pemeriksaan terhadap kenderaan serta pengguna jalan raya.

- Bernama






No comments:

Post a Comment