utusan malaysia terkini
Kenapa ND Lala Suruh Den Wahab Buat Laporan Polis ? baca sini
BeritaPantas92
Kenapa ND Lala Suruh Den Wahab Buat Laporan Polis ? baca sini
LAWAK ! Jee Seok Jin, Kim Jong Kook, Song Ji Hyo & Haha wants to meet you in KL!
Menerusi ruangan gosip yang ditulis oleh Kak Pora di akhbar Berita Harian pada 21 September, Kak Pora ada membangkitkan pertanyaan mengenai hutang lama penyanyi ND Lala dengan pelakon Den Wahab. Dalam satu sidang media yang diadakan Mega Music World, Cheras pada Rabu, ND Lala menjawab pertanyaan tersebut.
"Kepada Kak Pora, Den Wahab dan sesiapa sahaja yang buat fitnah ini, sila lakukan laporan polis. Dakwa saya dan kita berhadapan," ujar ND.
Bapa kepada penyanyi Shila Amzah ini juga mendedahkan yang dia sudah pun menjawab mengenai isu ini kepada rakan media.
"Saya sudah jawab persoalan ini kepada rakan media pada bulan Mac tahun lalu. Saya sudah jawab, saya siap rakamkan lagi, tetapi ianya tidak dikeluarkan oleh pihak media. Saya tak tahu mengapa tidak dikeluarkan," kata ND di majlis tersebut.
GUA dijemput menghadiri sidang media tersebut oleh pihak penganjur, Mega Music World. GUA difahamkan yang sidang media itu adalah mengenai album terbaru Shila. Namun begitu, sebenarnya sidang media tersebut dilakukan untuk menjawab mengenai isu yang tercetus antara Shila dan media berbahasa Melayu.
Sidang media yang sepatutnya menjernihkan keadaan itu tidak digunakan dengan baik oleh pihak penganjur, sebaliknya menjadi sesi pembentangan mengenai artikel-artikel tulisan media berbahasa Melayu berkenaan konsert Shila sepanjang kontroversi ini terjadi di hadapan media Cina.
Untuk rekod, hanya 10% sahaja media berbahasa Melayu yang hadir, selebihnya merupakan media berbahasa Cina. Media berbahasa Melayu seakan-akan diserang bertubi-tubi, malah ND Lala juga melemparkan persoalan adakah segelintir media berbahasa Melayu pernah meraih kejayaan menerusi penulisan mereka sehingga mengangkat nama negara ke peringkat antarabangsa seperti yang diraih Shila Amzah | gua.com
No comments:
Post a Comment