Monday, September 29, 2014

Isteri mangsa MH17 | Trauma memikirkan suami terbaring di bilik mayat


utusan malaysia terkini

Isteri mangsa MH17 | Trauma memikirkan suami terbaring di bilik mayat


BeritaPantas92

Isteri mangsa MH17 | Trauma memikirkan suami terbaring di bilik mayat



Biar betul Bayar RM0.00 dapat new HTC Desire smartphone?!


KUALA LUMPUR: Balu kepada Robert Ayley, 29 mangsa nahas tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine, mengakui dirinya trauma memikirkan suaminya berada di bilik mayat di sebuah negara asing yang lokasi entah di mana.

Demikian cerita Sharlene Ayley, mengenai detik awal ketika dirinya menerima berita menimpa suaminya kepada laman portal antarabangsa, The New Zealand Herald.

Kata Sharlene, ketika kejadian Robert baru sahaja selesai berbual dengannya di Facebook sebelum pesawat tersebut berlepas.

Sedikit pun Sharlene tidak menyangka bahawa itu adalah perbualan terakhir dirinya dan suami.

12 jam kemudian, Sharlene menerima pengesahan bahawa suaminya adalah salah seorang mangsa yang terlibat di dalam pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200ER.

Temubual Sharlene dengan portal berita tersebut merupakan yang pertama sejak tragedi malang berlaku kepada keluarganya pada 17 Julai.

“Selepas dimaklumkan mengenai kejadian tersebut, saya mula tertunggu-tunggu maklumat mengenai Robert, kemudian pada tengah malam pintu rumah saya diketuk.

Saya turun ke bawah dan mendapati adik perempuan saya dan suaminya bersama seorang pegawai polis di hadapan pintu. Dari situ saya dah tahu. Saya mula meraung dan menangis semahu-mahunya. Dan di situ juga satu penantian bermula.... menanti jenazah tiba dan majlis pengebumian,” katanya.

Sharlene mengakui yang dirinya mengalami serangan emosi yang tidak menentu, lebih-lebih lagi apabila mendapat pengesahan mengenai kematian suaminya.

“Adalah sangat trauma apabila memikirkan bahawa mayat suami saya berada di satu tempat yang jauh entah di mana dan terbaring di rumah mayat. Susah untuk saya menerimanya” katanya.

Fasa yang paling sukar adalah saat mengucapkan selamat tinggal kepada Robert pada majlis pengebumian.

Temubual tersebut turut menyatakan bahawa bagaimana anak-anak mereka, Seth, 4 dan Taylor, 2 merupakan kekuatannya untuk meneruskan hidup tanpa Robert di sisi.

“Anak-anak saya banyak membantu ketika saya rasakan dunia seolah-olah telah musnah.

Namun saya sedar saya tidak boleh terus bersedih, anak-anak turut bergantung kepada saya untuk teruskan hidup. Apa yang saya lakukan ialah memberi mereka semangat dan dalam masa yang sama ia bagai motivasi kepada diri saya,” kata Sharlene.

Sharlene turut memberitahu bahawa dia akan terus mengenang pemergian Robert sebagai seorang bapa dan suami yang terbaik.
“Saya dan anak-anak akan terus melihat foto-foto Robert dan akan terus bercerita mengenai betapa ayah sayangkan mereka, bagaimana dia selalu menghabiskan masa bermain dengan mereka dan membaca bersama,”katanya.
Pesawat MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal ditembak jatuh pada 17 Julai lepas di wilayah Donetsk, bahagian timur Ukraine ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.





No comments:

Post a Comment