Thursday, September 25, 2014

Bunuh dan Simpan Bayi dalam Peti Sejuk


utusan malaysia terkini

Bunuh dan Simpan Bayi dalam Peti Sejuk


indah.com

Bunuh dan Simpan Bayi dalam Peti Sejuk

  25/9/14 


Gambar hiasan ,THINKSPAIN
Madrid - Seorang wanita, Sara Lopez Hernandez   didapati bersalah  kerana membunuh bayinya yang baru lahir dan  menyimpan jasad kedua bayi yang baru lahir tersebut di dalam peti sejuk.

Seperti dilapor  AFP, Khamis (25/9/2014), wanita berusia 37 tahun ini membantah telah membunuh bayinya. Namun mahkamah  setempat di Sepanyol menghukumnya bersalah atas dakwaan pembunuhan.

Dalam perbicaraan di mahkamah Seville, wanita bernama  ini dijatuhi hukuman 35 tahun penjara.

Peguamnya, Manuel Caballero menambahkan, kliennya juga dihukum denda sebesar 300 ribu Euro   sebagai gantirugi bagi mantan suami dan ketiga anaknya yang lain.

Lopez ditangkap setelah suaminya menemui jasad tiga bayi di dalam peti sejuk di rumah mereka dekat Seville pada 2012 lalu. Hasil bedah siasat menunjukkan, ketiga bayi yang baru lahir tersebut meninggal akibat sesak nafas, yang boleh dipicu akibat dicekik.

Pendakwa menuntut 40 tahun penjara bagi Lopez, yang disebut sebagai 'ibu monster' ini.

Terungkap dalam perbicaraan, Lopez merahsiakan kehamilannya dari sang suami. Bahkan dia mengaku dirinya melahirkan salah satu bayinya secara diam-diam di dalam bak mandi.

Surat khabar setempat, Diario de Sevilla mengutip pernyataan Lopez yang menyangkal dirinya membunuh bayi-bayinya kerana dia menyayangi mereka. Menurut Lopez, dirinya menyimpan bayi-bayi tersebut di dalam peti sejuk agar tidak terpisah dengannya.






No comments:

Post a Comment