utusan malaysia terkini
Neelofa Ciplak Rekaan Tudung | dakwa pereka fesyen muda ini.
BeritaPantas92
Neelofa Ciplak Rekaan Tudung | dakwa pereka fesyen muda ini.
Selepas personaliti cantik ini mengenakan tudung, tiada lagi berita-berita kontroversi yang ditulis berkaitan dirinya.
Cuma baru-baru ini, dia disebut-sebut mempunyai hubungan dengan anak raja dari negeri Cik Siti Wan Kembang.
Namun, baru-baru ini nama pengacara dan juga pelakon ini kembali menjadi hangat apabila dia dikatakan telah memplagiat rekaan tudung seorang pereka fesyen.
Pereka fesyen yang dimaksudkan ialah, Zharin Hariz yang juga pemilik butik tudung berjenama Sastra Hijabs.
Ekoran itu, pereka fesyen muda tersebut telah memuat naik sekeping foto di akaun Instagramnya dan mendakwa Neelofa telah meniru rekaan tudungnya seratus-peratus.
Berdasarkan status tersebut, Zharin mendakwa rekaannya ditiru bulat-bulat selepas tudung jenama Sastra Hijabs dibeli oleh keluarga Neelofa lalu diperkenalkan kepadanya.
Lebih mengecewakan, Neelofa telah bertindak menyekat Zharin daripada laman Instagramnya selepas ditegur mengenai perkara tersebut.
Dakwanya lagi, Neelofa tidak mengendahkan teguran dank omen tersebut, malah komennya juga telah dipadam.
Tindakan Zharin memuat naik foto tersebut telah mendapat perhatian rakan-rakan serta pengikut Instagramnya yang marah dengan ‘kecurian’ yang dibuat pengacara popular itu.
Selain mengkritik, mereka juga telah menyarankan Zharin supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap Neelofa untuk membela haknya.
| www.sfm
No comments:
Post a Comment