Monday, August 11, 2014

Tentera Israel, Ceroboh Rumah dan Tembak Mati Lelaki Palestin


utusan malaysia terkini

Tentera Israel, Ceroboh Rumah dan Tembak Mati Lelaki Palestin


indah.com

Tentera Israel, Ceroboh Rumah dan Tembak Mati Lelaki Palestin

11/08/2014  
 
 
gambar hiasan(Reuters)
Tebing Barat - Tentera Israel dilaporkan kembali menembak mati seorang warga Palestin  di Tebing  Barat. Insiden ini terjadi ketika pencerobohan  di kediaman warga Palestin  tersebut, dekat kota Nablus.

Juru cakap tentera Israel membenarkan adanya aktiviti tentera Israel di kawasan Tebing Barat. Namun dia mengaku tidak memiliki maklumat saheh  soal insiden tersebut.

Demikian seperti dilansir Reuters, Isnin (11/8/2014).

Tidak diketahui pasti terkait tudingan apa penggerebekan ini. Namun sejumlah saksi   menuturkan bahawa seorang lelaki Palestin  bernama Zakaria al-Aqra (23) dicari oleh tentera Israel, namun tidak jelas alasannya.

Menurut saksi  , Zakaria ditembak mati oleh tentera Israel yang mendatangi rumahnya. Sedangkan 6 orang lainnya cedera dalam penggerebekan tersebut.

Separuh dari rumah Zakaria dilaporkan hancur akibat buldoser milik tentera Israel, yang juga dikerahkan dalam pengerebekan tersebut.

Zakaria merupakan warga Palestin  ketiga yang mati dalam bentrokan Israel-Palestin di Tebing Barat, dalam empat hari terakhir. Ketegangan di wilayah tersebut semakin meningkat ketika Israel melancarkan gempuran udara terhadap Hamas yang menguasai wilayah Gaza.

Sejauh ini, 1,939 warga Palestin  dan 67 warga Israel terbunuh dalam konflik Gaza yang berlangsung sejak awal Julai.

Yang terbaru, kini gencatan senjata selama 72 jam sedang  dikuatkuasa di Gaza. Gencatan senjata terbaru ini dimulai pada dini hari, pukul 00.01 waktu setempat.
detikNews






No comments:

Post a Comment