utusan malaysia terkini
Beri paket Garnier buat tentera wanita IDF. Adakah Garnier akan diboikot
indah.com
Beri paket Garnier buat tentera wanita IDF. Adakah Garnier akan diboikot
11/8/14
Tentera wanita Israel berpose dengan produk Garnier. english.alarabiya.net ©2014
Perusahaan kosmetik raksasa Garnier mendapat hujatan keras di jejaring sosial dan pelbagai laman Internet. Ini lantaran mereka mengunggah foto produk bersama dengan tentera wanita Pasukan Pertahanan Israel (IDF).
Stesyen televisyen Al Arabiya melaporkan, Isnin (11/8), foto itu disebarkan di Internet. Sekitar 500 produk diberikan oleh Garnier pada tentera wanita IDF bersama ungkapan kebanggaan mereka. "Garnier bangga telah menghantarkan paket kecantikan ini untuk para kaum hawa IDF dan kami juga akan mendermakan produk ini untuk Israel," pasukan pembela israel menuliskan ini di akaun Facebook mereka.
Selain itu mereka juga mengatakan para tentera wanita IDF mendapat perawatan wajah dan tubuh agar lebih bersemangat membela Negeri Bintang Daud itu.
Menurut Pengarah Komunikasi Perusahaan Garnier Kari Kerr, itu merupakan dukungan dari cawangan tempatan mereka dan bukan kebijakan Garnier pusat. Kerr meminta maaf bila banyak yang tersinggung dengan unggahan foto itu.
Foto itu mendapat ribuan tanggapan dan kebanyakan menyerukan untuk memboikot produk Garnier. Di jejaring sosial Twitter juga ramai menggunakan tanda pagar #BoycottGarnier.
Salah seorang pengguna Twitter dengan akaun @masudcouk mengatakan seharusnya Garnier mengirimkan paket mereka ke Jalur Gaza dan warga di sana yang telah kehilangan segalanya. Pemilik akaun @LeShaque bahkan meninggalkan shampo yang telah digunakannya selama satu dekade lantaran produk Garnier.
Merdeka.com
No comments:
Post a Comment