Saturday, August 9, 2014

Mengharukan ! Telah 3 Tahun Gadis Ini Menggendong Sahabatnya


utusan malaysia terkini

Mengharukan ! Telah 3 Tahun Gadis Ini Menggendong Sahabatnya


indah.com

Mengharukan ! Telah 3 Tahun Gadis Ini Menggendong Sahabatnya

9/8/14
 Gadis Ini 3 Tahun Menggendong Sahabatnya  (Oddity Central)  
  (Oddity Central) HUNAN - Seorang gadis berusia 13 tahun, He Qin Jiao, menjadi perbincangan hangat di beberapa media tempatan di China kerana dia       , menggendong sahabatnya yang terkena penyakit polio untuk pergi ke sekolah selama tiga tahun.

Qin Jiao menggendong sahabatnya, He Ying Hui di belakangnya hampir setiap hari selama tiga tahun. Hal ini dilakukannya untuk membantu Ying Hui masuk sekolah.

Hal itu bermula ketika Qin Jiao masih berusia 9 tahun, dia menyedari bahawa sahabatnya itu tidak pernah datang ke sekolah kerana sedang sakit polio.

Sejak saat itu gadis asal Hunan, China, ini memutuskan untuk mengambil tanggung jawab membantu sahabatnya bersekolah selama tiga tahun.

Pengorbanan Qin Jiao menarik perhatian pemerintah daerah setempat dan akhirnya mereka memberikan Ying Hui sebuah kerusi roda pada September tahun lalu.

Meski Ying Hui sudah mendapatkan kerusi roda, Qin Jiao tidak berhenti untuk bangun pagi dan mendorong kerusi roda sahabatnya itu.

Kisah mengharukan kedua sahabat ini menjadi perbincangan hangat di dunia maya. Para pengguna internet memberi pujian kepada gadis berhati emas itu yang rela menggendong sahabatnya agar tetap bersekolah.

“Saya melakukan itu bukan untuk mendapatkan pujian. Dia adalah teman terbaik saya dan sekolah tidak akan sama tanpa dia. Jika saya harus menggendongnya maka  itulah yang harus saya lakukan agar dia tetap bersekolah,” ujar Qin Jiao, seperti dikutip dari Oddity Central, Jumaat (8/8/2014).

“Saya tidak keberatan sama sekali. Hal ini memberi kita kesempatan untuk berbual  banyak sebelum dan sepulang sekolah setiap hari,” tambahnya.

Ketika Ying Hui diminta untuk menggambarkan orang yang paling penting dalam hidupnya untuk projek menulis kreatif di sekolah, dia secara langsung memilih untuk menulis tentang Qin Jiao.

“Qin Jiao menggunakan bahu muda kecilnya untuk menopang tubuh saya. Saya tidak akan pernah sekolah sama sekali jika bukan kerana dia. Dia adalah teman terbaik bagi siapa pun,” tulis Ying Hui.
(ger)okezone






No comments:

Post a Comment