utusan malaysia terkini
Azizah: Ini bukan nepotisme
indah.com
Azizah: Ini bukan nepotisme
10 Aug 2014 Malaysiakini
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang dicalonkan partinya untuk jawatan Menteri Besar Selangor, mengakui tidak mempunyai pengalaman secukupnya untuk mentadbir sebuah kerajaan negeri.
Namun, katanya pertukaran menteri besar perlu dilakukan di Selangor ketika ini bagi menambah baik semua dasar kerajaan negeri di samping mengekalkan dasar lama yang memberi manfaat kepada rakyat.
"Bagi saya, pertukaran menteri besar tidak penting, yang lebih penting adalah amanah yang dipegang kita," katanya dalam satu ceramah mengenai isu-isu semasa di negeri Selangor di Shah Alam, malam tadi.
Pada 21 Julai lepas, Majlis Pimpinan Pusat PKR sebulat suara memilih Dr Wan Azizah sebagai calon menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor yang baharu.
Dr Wan Azizah, isteri kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut menepis dakwaan pihak tertentu bahawa pencalonannya itu bersifat nepotisme.
"Ini bukan nepotisme sebab saya pernah dilantik oleh Anwar mengetuai gerakan reformasi semasa suami saya berada di penjara pada 1998," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata Abdul Khalid yang dipecat daripada PKR berkuat kuasa hari ini, boleh disingkir daripada jawatan menteri besar sekiranya 29 Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor sebulat suara membuat akuan berkanun bagi menyatakan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan beliau.
Ini boleh dilakukan di luar DUN Selangor berbanding usul undi tidak percaya yang terpaksa dilakukan dalam DUN, katanya pada sesi ceramah itu.
DUN Selangor mempunyai 56 kerusi.
- Bernama

No comments:
Post a Comment