utusan malaysia terkini
Pesawat MAS ke Hyderabad berpatah balik
indah.com
Pesawat MAS ke Hyderabad berpatah balik
14/9/14
Oleh Siti A'isyah Sukaimi
Putrajaya: Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH198 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Hyderabad, India jam 10.20 malam tadi terpaksa berpatah semula berikutan masalah teknikal.
MAS dalam kenyataan dikeluarkan menerusi website berkata, pesawat berkenaan selamat melakukan pendaratan jam 2.01 pagi di KLIA.
Katanya, masalah teknikal berkenaan tidak memberi kesan kepada pesawat serta semua penumpang dan sebagai langkah keselamatan, kapten penerbangan membuat keputusan untuk berpatah balik.
Katanya, masalah teknikal berkenaan tidak memberi kesan kepada pesawat serta semua penumpang dan sebagai langkah keselamatan, kapten penerbangan membuat keputusan untuk berpatah balik.
"Selepas tiba di lokasi pendaratan, semua penumpang, kru kabin keluar dengan selamat dan mereka ditempatkan di hotel berhampiran.
"MH198 dijadualkan semula sebagai MH198D dan pesawat akan berlepas jam 12 tengah hari ini serta dijangka tiba di Hyderabad jam 1.35 petang (waktu tempatan) nanti," katanya.
Menerusi kenyataan itu juga, MAS kesal dengan insiden itu yang menyebabkan gangguan terhadap rancangan perjalanan penumpang.
Katanya, MAS menghargai kerjasama daripada orang awam untuk tidak membuat spekulasi bagi mengelakkan ketidakselesaan terhadap penumpang. myMetro
No comments:
Post a Comment