Sunday, September 14, 2014

Bocor: 2 guru dibebas dengan jaminan polis


utusan malaysia terkini

Bocor: 2 guru dibebas dengan jaminan polis


indah.com

Bocor: 2 guru dibebas dengan jaminan polis

15 Sep 2014  Malaysiakini
Dua daripada empat orang guru yang ditahan semalam berhubung kes kebocoran soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan direman hari ini sekiranya kertas siasatan tidak dapat dilengkapkan dalam tempoh 24 jam.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata dua orang guru lagi telah dibebaskan atas jaminan polis selepas diambil keterangan mereka.
  
"Daripada empat orang yang ditahan, dua orang masih ditahan untuk siasatan lanjut dan sekiranya siasatan tidak dapat dilengkapkan dalam masa 24 jam, mereka akan direman esok (hari ini) di Putrajaya," katanya kepada Bernama ketika dihubungi semalam.
  
Polis menahan empat guru berusia lingkungan 30 dan 54 tahun dalam serbuan di Pulau Pinang dan Parit Buntar, Perak petang semalam berhubung kes kebocoran soalan UPSR bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, polis tidak akan sekali-kali melindungi mana-mana individu mahupun pegawai kanan yang terlibat dalam kes kebocoran soalan peperiksaan Ujian UPSR.
  
Beliau berkata polis bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dalam melakukan siasatan terperinci terhadap kebocoran dua kertas peperiksaan UPSR itu dan kertas siasatan kes itu juga telah dibuka.
  
"Banyak lagi maklumat akan diperoleh polis terutamanya mengenai kaedah dari segi pengedaran kertas soalan bukan saja UPSR, tetapi peperiksaan yang lain.

"Kementerian Pendidikan dan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah memberikan banyak maklumat dalam usaha membantu siasatan yang dilakukan.
  
"Saya ingin memberi jaminan bahawa polis tak akan melakukan 'cover up' terhadap mana-mana individu atau pegawai kanan atau individu yang terlibat secara tidak langsung dalam pembocoran ini," katanya kepada pemberita selepas perasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Batu Kawan, di Butterworth semalam.

Mengulas mengenai perkembangan kes pertubuhan yang tidak berdaftar, Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang, Ahmad Zahid berkata polis akan menyerahkan senarai bersih pegawai dan anggota pasukan itu selepas saringan terhadap hampir 10,000 anggota selesai.
  
Beliau berkata anggota PPS yang mempunyai rekod jenayah akan dikenakan tindakan undang-undang.
  
Ditanya sama ada pihaknya meminta kerajaan negeri Pulau Pinang mendaftar pasukan itu dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS), Ahmad Zahid berkata: "Kami sedang berbincang dengan kerajaan negeri cara terbaik untuk menyerap orang-orang ini dalam pertubuhan sah".
  
Pada 31 Ogos lepas, polis menahan 156 anggota PPS termasuk pengerusinya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh kerana ingkar amaran untuk tidak menjalankan aktiviti selepas PPS didapati tidak berdaftar dengan ROS.

- Bernama
 






No comments:

Post a Comment