utusan malaysia terkini
Nazri: Itu 'blogger' bodoh
indah.com
Nazri: Itu 'blogger' bodoh
11 Aug 2014
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz berkata penulis blog yang mengaitkan dirinya dengan aktiviti sukan bogel di Teluk Bahang, Pulau Pinang sebagai "bodoh".
MP Padang Rengas itu berkata tuduhan yang dibuat berikutan kemunculannya di Pulau Pinang untuk mempromosikan Festival George Town pada 3 Ogos lalu adalah tidak berasas.
"Itu blogger bodoh. Kalau nak berblog biar ada otak," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
"Kalau saya balik kawasan saya, tak ada pula orang berbogel di sana. Kalau saya ini menggalakkan orang berbogel, sepatutnya di kawasan saya tiap-tiap minggu berbogellah sebab saya balik setiap minggu," katanya lagi.
Sebelum ini sebuah blog menuduh Ketua Menteri Lim Guan Eng menggalakkan kegiatan bogel, dengan mengaitkan hubungan rapat antara Lim dan Nazri yang dilihat mesra semasa Nazri berkunjung ke Pulau Pinang. Malaysiakini

No comments:
Post a Comment