Thursday, August 7, 2014

Makin celaru. Khalid Ibrahim diheret ke lembaga disiplin PKR


utusan malaysia terkini

Makin celaru. Khalid Ibrahim diheret ke lembaga disiplin PKR


indah.com

Makin celaru. Khalid Ibrahim diheret ke lembaga disiplin PKR

7 Aug 2014
Lembaga disiplin PKR mengarahkan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tampil memberi penjelasan berhubung isu kontroversi yang menyebabkan timbul gesaan agar beliau disingkirkan dari jawatan tersebut.

Pengerusi lembaga tersebut Datuk Tan Kee Kwong berkata Khalid perlu menghadiri mesyuarat lembaga disiplin itu di ibu pejabat parti, jam 3 petang esok.

Arahan itu muncul selepas lembaga tersebut menerima jawapan Khalid ke atas surat tunjuk sebab yang dikeluarkan pada hari Selasa lalu.

Khalid antara lainnya akan ditanya mengenai kandungan kenyataan akhbar bertarikh 22 Julai.

Selain itu, menteri besar itu juga akan ditanya mengenai penstrukturan semula industri air, elaun baru menteri besar, kenaikan kadar lesen perniagaan, hutang peribadinya dengan Bank Islam dan juga cadangan projek lebuh raya Kidex, kata Tan dalam kenyataannya.

Khalid diberi kelonggaran untuk hadir pada tengahari, Sabtu, sekiranya tidak dapat hadir dalam sesi esok, kata Tan.

Tindakan terbaru ke atas Khalid itu menguatkan lagi cakap-cakap bahawa Khalid akan digugurkan dari parti itu sebelum PAS bermesyuarat pada hari Ahad untuk memutuskan sama ada akan tetap menyokong agar menteri besar itu kekal di jawatan berkenaan.

Dalam jawapannya ke atas surat tunjuk sebab itu semalam, Khalid membangkitkan bahawa PKR mengeluarkan surat yang “cacat” kerana tidak menyatakan dengan jelas kesalahan yang didakwa dilakukannya. Malaysiakini






No comments:

Post a Comment