utusan malaysia terkini
Lelaki Belanda Kembalikan Medal dari Yahudi kerana 6 keluarganya terbunuh di Gaza
indah.com
Lelaki Belanda Kembalikan Medal dari Yahudi kerana 6 keluarganya terbunuh di Gaza
18/8/14
Seorang lelaki warga negara Belanda berusia 91 tahun mengembalikan medal penghargaan yang diterimanya dari kelompok Yahudi setelah enam orang keluarganya terbunuh dalam serangan udara Zionis Israel atas wilayah Gaza, lapor AFP Jumaat (15/8/2014).
Pesawat F-16 Zionis Israel menembak rumah kediaman cucu saudara/keluarga Henk Zanoli di Jalur Gaza sehingga enam orang di dalamnya meninggal ditempat kejadian.
Zanoli, seorang pesara peguam, mengembalikan medal Israeli Righteous Among the Nations awal minggu ini bersama sebuah surat yang ditujukan kepada duta besar Israel di Den Hague.
Medal itu diberikan kepadanya oleh negara Israel kerana ibunya dan keluarganya pernah menyelamatkan seorang kanak-kanak Yahudi pada masa pendudukan Jerman.
Dalam suratnya kepada Duta Besar Israel itu Zanoli mengatakan bahawa sebiji bom dijatuhkan pesawat tempur Zionis atas sebuah bangunan 4 tingkat yang dihuni para keluarganya di kem pengungsi Bureij.
“Cicit-cicit dari ibu saya kehilangan nenek mereka, tiga bapa saudara, seorang bibi dan seorang sepupu di tangan tentera Zionis,” kata Zanoli dalam suratnya yang dimuat akhbar Israel Haaretz, dan beredar secara luas di media Belanda.
“Bagi saya menyimpan penghargaan yang diberikan kepada saya oleh negara Israel dalam situasi seperti ini, merupakan sebuah penghinaan … bagi mereka anggota keluarga saya, empat generasi, yang kehilangan tidak kurang dari enam orang keluarganya di Gaza,” kata Zanoli.
“Tindakan yang dilakukan negara anda di Gaza hari-hari kebelakangan ini menyebabkan tudingan serius akan jenayah perang dan kejahatan kemanusiaan,” kata Zanoli dalam suratnya kepada duta besar Israel di Belanda.
“Sebagai seorang pesara peguam, maka tidak mengejutkan bagi saya bahawa tudingan-tudingan itu dapat mengarah pada dakwaan jika benar dan keadilan yang tidak dipolitisir akan ditegakkan … Apa yang terjadi dengan keluarga kami di Gaza tidak diragukan lagi pada saatnya nanti boleh dibawa ke mahkamah juga.”
Kedutaan Israel di Den Hague hari Jumaat (15/8/2014) mengaku mengetahui masalah Zanoli itu, tetapi menolak memberikan komentar.
Righteous Among the Nations merupakan penghargaan yang diberikan kepada orang-orang non-Yahudi yang bersedia mengambil resiko untuk melindungi dan menyelamatkan orang-orang Yahudi dari kejaran tentera Nazi ketika Perang Dunia II.
Keluarga Zanoli dulu adalah penentang keras invasi Nazi dan ayahnya dibunuh di kem konsentrasi Mauthausen.
Iparnya dieksekusi di bukit pasir dekat Den Hague kerana menjadi anggota Perlawanan Belanda.
diedit dari detik.com

No comments:
Post a Comment