Wednesday, September 3, 2014

Kera 'Robin Hood' tabur wang tunai dari atas pokok


utusan malaysia terkini

Kera 'Robin Hood' tabur wang tunai dari atas pokok


indah.com

Kera 'Robin Hood' tabur wang tunai dari atas pokok

03/09/2014  
 
Gambar hiasan (AFP)
New Delhi - Seekor kera di India yang digelar Robin Hood memicu keramaian penduduk setempat. Sebabnya, kera ini menyebarkan wang kertas  dari atas pohon dan bumbung salah satu rumah penduduk.

Seperti dilapor AFP, Rabu (3/9/2014), peristiwa luar biasa ini terjadi di kota Shimla, India  utara pada Ahad (31/8). Kera tersebut membawa segenggam wang tunai..

Dipercayai,  kera itu menyelinap masuk ke sebuah lokasi projek konstruksi untuk mencari makanan. Namun kerana tak menemui makanan, kera itu mencuri wang tunai senilai 10 ribu rupee .

Menurut surat khabar setempat, Amar Ujala, wang tunai sebanyak itu adalah milik kontraktor projek yang hendak digunakan untuk membayar gaji para pekerjanya.

"Saya baru kembali dari kuil terdekat ketika tiba-tiba saya melihat ramai orang sedang melihat wang kertas beterbangan. Saya menyedari ada seekor kera yang menyebarkannya dari atas pohon," tutur salah satu warga setempat, Ashok Kumar kepada AFP.

"Saya juga bergabung dengan kerumunan warga dan mengambil dua lembar wang pecahan 100 rupee," imbuhnya.

Para pekerja projek konstruksi tersebut berusaha keras menangkap si kera pencuri. Namun si kera malah terus menyebarkan wang dari atas bumbung rumah warga sebelum akhirnya berpindah ke salah satu pohon.
 






No comments:

Post a Comment