Sunday, August 31, 2014

Bawa wang 5 juta dolar US , Banker cabut lari ka Rusia


utusan malaysia terkini

Bawa wang 5 juta dolar US , Banker cabut lari ka Rusia


indah.com

Bawa wang 5 juta dolar US , Banker cabut lari ka Rusia

1/9/14
 
AFP Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un.
SEOUL, Seorang banker senior Korea Utara yang bertugas mengatur kewangan pemimpin negeri itu Kim Jong Un dikhabarkan membelot ke Rusia dan mencari suaka politik di negara ketiga. Demikian laporan harian JoongAng Ilbo, Jumaat (29/8/2014), mengutip sumber anonim.

Yun Tae Hyong, banker senior Korea Daesong Bank, menghilang minggu lalu di Nakhodna, wilayah timur jauh Rusia. Tak hanya menghilang Hyong juga membawa wang 5 juta dolar US 

Bank Daesong dicurigai pemerintah AS dikendalikan pemerintah Korea Utara melalui   Kantor 39, yang diyakini mendanai berbagai kegiatan terlarang, termasuk menyediakan barang-barang mewah untuk para pegawai Korea Utara yang dilarang di bawah sanksi PBB.

Kementerian Kewangan AS sejak 2010 telah memasukkan bank ini ke dalam senarai  hitam.

Sejauh ini belum diketahui pasti bagaimana cara Tae Hyong  pergi  ke Rusia atau apa yang dilakukannya sebelum membelot. Pemerintah Korea Utara, menurut JoongAng Ilbo, telah meminta Rusia untuk bekerja sama menangkap Yun Tae Hyong.

Jika Yun Tae Hyong benar-benar membelot, dia belum tentu memiliki maklumat berharga tentang pemerintah Korea Utara. Demikian Koh Yu-hwan, pakar Korea Utara dari Universiti Dongguk, Seoul.

"Para pegawai Korea Utara hanya diminta memahami pekerjaan dan komitmen mereka. Sukar untuk mengetahui hal lain di Korea Utara," kata Yu-hwan.

Korea Daesong Bank memfokuskan diri dalam transaksi mata wang asing dan dibentuk pada 1978 untuk menangani pembayaran berbagai perusahaan Korea Utara. Demikian keterangan dari web Kementerian Unifikasi Korea Selatan.
Editor : Ervan Hardoko
Sumber: Reuters/KOMPAS.com






'Suntik MAS ibarat timbus perigi tiada dasar'


utusan malaysia terkini

'Suntik MAS ibarat timbus perigi tiada dasar'


indah.com

'Suntik MAS ibarat timbus perigi tiada dasar'

31/8/14
 
Tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin mengkritik suntikan RM6 bilion Khazanah Nasional terhadap Malaysia Airlines (MAS) kerana ia ibarat “menimbus perigi tanpa dasar”.

Beliau membangkitkan berhubung persoalan kos menyelamatkan syarikat yang “secara teorinya sudah muflis” sedangkan memberhentikan pekerjanya saja memerlukan pampasan RM1.9 bilion.

“Apa halnya dengan kos-kos lain,” kata bekas ketua pengarang Kumpulan NSTP itu dalam blognya semalam.

Khazanah kelmarin mengumumkan pakej RM6 bilion untuk menyelamatkan MAS supaya ia kembali menjana keuntungan.

Rancangan 12 perkara itu melibatkan penubuhan syarikat baru untuk mengambil alih aset dan perniagaan syarikat lama, dengan pengurangan 30 peratus atau 6,000 pekerja.

Syarikat penerbangan itu kemudiannya boleh disenaraikan semula, mungkin dalam tempoh lima tahun, apabila ia kembali menjana keuntungan.

Kadir berkata, pampasan pekerja terhadap pekerja MAS yang diberhentikan hampir cukup untuk menaikkan taraf sistem pengairan MUDA di Kedah dan Perlis “yang menampung lebih 100,000 isi rumah”.

Ia juga, katanya, boleh digunakan atau kegunaan awam lain yang memberikan faedah kepada lebih ramai orang.

Kadir juga menegaskan kembali pendiriannya bahawa terdapat lima kaedah bagi menangani isu MAS, iaitu membubarkannya, menjualnya kepada swasta, melantik pengurusan antarabangsa yang terbukti dan menghapuskan campur tangan kerajaan.

Berhubung penyelamatan, Kadir berkata, ia salah satu pilihan tetapi hendaklah dilakukan tanpa terus menerus membebankan kewangan negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berkata, suntikan pada MAS itu bukan langkah menyelamat (bail out) tetapi pelaburan kerana ia mesti diperoleh kembali.Malaysiakini






Seekor Panda Berpura-pura Hamil Untuk Dapatkan Makanan Tambahan


utusan malaysia terkini

Seekor Panda Berpura-pura Hamil Untuk Dapatkan Makanan Tambahan


indah.com

Seekor Panda Berpura-pura Hamil Untuk Dapatkan Makanan Tambahan

31/8/14
 
Gambar hiasan

BEIJING,    Seekor panda raksasa dipercayai berpura-pura sedang hamil demi mendapatkan tambahan makanan. Panda betina bernama Ai Hin menunjukkan tanda-tanda seekor panda yang sedang hamil, termasuk sedikit bergerak dan nafsu makan berkurang.

Para staf Pusat Riset Pengembangan Panda di Chengdu, China mengatakan sangat gembira melihat salah seekor panda di tempat itu menunjukkan tanda-tanda kehamilan.

Mereka bahkan sudah mempersiapkan video untuk mereka masa-masa kehamilan Ai Hin hingga nanti melahirkan. Namun, para staf akhirnya mengetahui mereka telah ditipu Ai Hin, kerana panda itu ternyata tidak hamil.

Nampaknya Ai Hin mempelajari bahawa khabar kehamilannya akan membuat dia mendapatkan tambahan makanan. Seorang pakar panda Wu Kongju kepada kantor berita Xinhua mengatakan para panda biasanya pindah ke dalam ruangan tunggal dengan pengatur suhu ketika  hamil.

"Mereka juga mendapatkan tambahan makanan, buah-buahan dan bambu. Jadi beberapa panda pintar menggunakan hal ini untuk kepentingan mereka," ujar Kongju.

Dengan hanya 24 peratus panda betina di penangkaran boleh melahirkan, menjadikan masa depan hewan langka ini terancam. Apalagi panda memang dikenal dengan angka reproduksi yang rendah. Di China kini terdapat sekitar 1,600 ekor panda di alam liar dan 300 ekor lainnya hidup di penangkaran.
Editor : Ervan Hardoko
Sumber: International Business Times/ 
KOMPAS.com






Tangkapan berterusan, giliran exco PP pula


utusan malaysia terkini

Tangkapan berterusan, giliran exco PP pula


indah.com

Tangkapan berterusan, giliran exco PP pula

31 Aug 2014

Polis kini menahan Pengerusi Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang Phee Boon Poh, yang juga exco kerajaan negeri.

Phee ditahan ketika hadir ke ibu pejabat polis Timur Laut di Pulau Mutiara itu untuk memberi keterangannya kepada pihak polis kira-kira jam 4.30 petang tadi.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu itu ditemani Ketua Menteri Lim Guan Eng dan seorang lagi ADUN RSN Rayer (Seri Delima).

Phee turut menulis penahannya itu Facebook.

Penahannya itu dibuat selepas lebih 150 orang lagi anggota pasukan itu ditahan selepas perarakan hari merdeka pagi tadi. Malaysiakini






"State of Denial: Western Journalism and the Middle East." Robert Fisk


utusan malaysia terkini

"State of Denial: Western Journalism and the Middle East." Robert Fisk


~mummyrokiah

"State of Denial: Western Journalism and the Middle East." Robert Fisk






Friday, August 29, 2014

Jom Lihat Haiwan Ganas Peliharaan Orang-Orang Russia


utusan malaysia terkini

Jom Lihat Haiwan Ganas Peliharaan Orang-Orang Russia


dairishare

Jom Lihat Haiwan Ganas Peliharaan Orang-Orang Russia

Bears Often Walk the Streets in Russia

















Wang di England ada cap pro-Palestin dan boikot Israel


utusan malaysia terkini

Wang di England ada cap pro-Palestin dan boikot Israel


indah.com

Wang di England ada cap pro-Palestin dan boikot Israel

30/8/14
Uang di Inggris ada cap pro-Palestina dan boikot Israel
Wang beredar di England ada cap dukungan pada Palestin  dan boikot Israel. dailymail.co.uk ©2014

 
Para pro-Palestin  ini boleh mendapat tuntutan penjara sebab mengotori wang, hal itu disampaikan oleh Bank of England. "Kegiatan itu ilegal namun wang tetap sah digunakan," ujar jurucakap  Bank England tidak disebutkan namanya. Meski demikian ada lelaki separuh umur bernama Bill, tidak suka menerima wang itu sebagai kembalian dari berbelanja di sebuah kedai di Kota Daubhill.

Cap tersebut berbunyi 'Palestin  Bebas! Boikot Israel!'. Wang dengan cap itu mengundang kemarahan warga. "Saya tidak menyedarinya. Wang itu dilipat. Saya benar-benar jengkel," ujar Bill.

Bill juga mendapati ada dua warga yang punya Wang dengan cap serupa. Menurut dia pelakunya sudah menghina England. Dia yakin ini dirancangkan.
Salah satu pemilik toko mengidentifikasikan dirinya sebagai Abdul mengatakan dia tidak masalah jika menerima wang dengan cap anti-Israel itu. Menurutnya apa yang dilakukan Israel memang salah dan cara ini untuk meningkatkan kesedaran masyarakat agar memboikot Negera Zionis dan memberikan dukungannya pada Palestin . "Beberapa orang sudah mengerti, lainnya belum. Tapi ini tidak negatif menurut saya," ujar Abdul.
  sumber:Merdeka.com






Tahukah Anda Negara Ini Haramkan Layang-Layang Kerana Ramai Yang Terbunuh


utusan malaysia terkini

Tahukah Anda Negara Ini Haramkan Layang-Layang Kerana Ramai Yang Terbunuh


dairishare

Tahukah Anda Negara Ini Haramkan Layang-Layang Kerana Ramai Yang Terbunuh


             
Adakah anda tahu bahawa anda boleh ditangkap jika terbangkan layang-layang di Pakistan, selepas hobi itu diharamkan pada tahun 2007, untuk alasan keselamatan? Walau anda tinggal jauh dari kabel elektrik,dan layang-layang hanya dia buat dari kertas, kan? Percaya atau tidak, pihak berkuasa berkata layang-layang membunuh orang.

Di negara-negara Asia seperti India, Bangladesh, Afghanistan dan Pakistan perlawanan layang-layang adalah sukan yang sangat popular. Tujuannya adalah untuk menjatuhkan layang-layang lawan dengan menggunakan benang kasar disalut dengan campuran kaca yang ditumbuk halus untuk memotong tali atau layang-layang kertas yang lembut. Beberapa budaya menggunakan jalur logam atau pisau logam dipasang untuk menyambung dan memutuskan benang lawan.Ianya diperlukan banyak latihan dan ketepatan ahli untuk manuver pertempuran layang-layang, tetapi memenangi pertempuran mendapatkan pemenang penghargaan dan pujian dari rakan-rakannya.

Di Pakistan, bandar Lahore dianggap sebagai pusat komuniti pertempuran layang-layang, dan bahkan menjadi tuan rumah "grand Basant Festival", di mana ratusan ribu layang-layang berjuang siang dan malam untuk ketuanan udara. Acara meriah membawa orang-orang dari seluruh Pakistan dan di luar, tapi itu semua berakhir pada tahun 2007, ketika para pegawai melarangnya, setelah beberapa orang dilaporkan terbunuh dan beratus-ratus yang lain cedera.

              Selepas tragedi layang-layang berkaitan dilaporkan pada tahun-tahun sebelumnya, kerajaan Pakistan memutuskan untuk akhirnya melarang terbangkan layang-layang pada tahun 2007 dan bahkan menangkap 1,000 orang mengancam bahawa sesiapa yang tertangkap menerbangkan layang-layang boleh diadili sebagai seorang pengganas. Kedengaran seperti bayaran cukup serius untuk terlibat dalam sesuatu yang berbahaya seperti layang-layang terbang, bukan? Hanya ternyata garis kaca bersalut digunakan untuk menghiris layang-layang saingan terkadang menghiris pemerhati 'dan leher penunggang motosikal' , menyebabkan luka mengerikan dan bahkan kematian.

Benang tajam akan jatuh di jalan pada ketinggian kepala menjadi perangkap kematian bagi penunggang motosikal yang tidak menyedarinya. Beberapa kenderaan mereka dilengkapi dengan batang melengkung untuk perlindungan dari torehan yang tajam, tetapi walaupun demikian, kematian dilaporkan setiap tahun. Juga ada yang jatuh dari bumbung dan kejutan elektrik ketika benang mereka terkena hubungan dengan saluran elektrik, sehinggakan pihak berkuasa terpaksa mengambil tindakan.






Tukang sihir tikam, potong tangan dan bakar lelaki saingannya


utusan malaysia terkini

Tukang sihir tikam, potong tangan dan bakar lelaki saingannya


indah.com

Tukang sihir tikam, potong tangan dan bakar lelaki saingannya

29/8/14
Tukang sihir India tikam dan bakar lelaki diduga saingannya
dukun. shutterstock
 Sekumpulan penyihir berpraktik dukun memotong lengan seorang lelaki dan membakarnya hidup-hidup. Dia ditikam dan ditetak dengan kapak berulang kali oleh penyihir berjumlah 13 orang itu.

Surat khabar the Daily Mail melaporkan, Jumaat (29/8), mangsa bernama Brijlal Chopra. Isterinya, Sushma dan anak mereka mengadukan hal itu kepada polis . Sushma hanya boleh menangis saat melihat suaminya disiram minyak dan akhirnya terbakar. "Mereka tertawa, memasang muzik, dan menari di tengah tubuh suami saya yang menjadi tumpukan abu," ujar Sushma

Mulanya Brijlal, Sushma, dan anak mereka datang ke dukun tempatan itu, bernama samaran Parwati. Mereka ingin mengubati sang anak yang sedang menderita    penyakit pernafasan.
Ketika sampai ke lokasi, Parwati malah menuduh Brijlal sebagai penyihir saingannya. Dia memerintahkan murid-muridnya membunuh Brijlal dan memotong tangannya sebab di situlah letak kekuatan penyihir.

Mereka langsung mengelilingi Brijlal dan menikamnya berkali-kali lalu menetak lelaki itu di depan Sushma dan anak mereka yang masih berusia 10 tahun. "Kami sudah cuba menjelaskan kami tidak punya kekuatan tapi mereka tak mau mendengar. Semakin kami berteriak, mereka semakin tertawa," kata Sushma.

Sushma dan anaknya dibiarkan pergi namun mereka bakal dikutuk jika menceritakan peristiwa ini pada siapa pun. Dia mengabaikan ancaman ini dan melaporkan pembunuhan itu kepada polis .
Polis  telah menangkap sang penyihir dan enam pengikutnya. Mereka ditahan dan bakal diseret ke mahkamah dengan tuduhan pembunuhan.

Polis  menyita buku praktik sihir, pisau dan kapak untuk menyakiti korban. Mereka juga mengambil abu jenazah Brijlal untuk di bawa ke bahagian forensik.
Pembunuhan atas nama sihir meningkat di India. Awal bulan ini seorang perempuan 35 tahun dari Negara  Bihar diseret keluar rumahnya. Dia dipukuli dan dipaksa makan kotoran setelah dituding warga mempraktikkan mantra sihir menyebabkan salah seorang tetangganya meninggal.

Bulan lalu seorang perempuan sekitar 10 orang ditangkap sebab menyiksa seorang nenek dianggap penyihir menewaskan remaja 18 tahun. Padahal catatan perubatan menjelaskan remaja itu menghembuskan nafas terakhir sebab malaria.
Pemerintah India menunjukkan sekitar 160 kes pembunuhan terkait perburuan penyihir sudah ada sejak 2013
sumber:merdeka.com






Gambar Penyeludupan Manusia Yang Terkantoi Di Sempadan


utusan malaysia terkini

Gambar Penyeludupan Manusia Yang Terkantoi Di Sempadan


dairishare

Gambar Penyeludupan Manusia Yang Terkantoi Di Sempadan

Many people dream about living in the United States of America. And in order to make their dream come true they are ready to illegally cross the border. They find various ways; even stuff their bodies to weird places. Look how inventive these illegal �aliens� are!



















PM: Pemulihan MAS bukan 'bail out'


utusan malaysia terkini

PM: Pemulihan MAS bukan 'bail out'


indah.com

PM: Pemulihan MAS bukan 'bail out'

29/8/14
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melihat pelan pemulihan bernilai RM6 bilion ke atas MAS yang diumumkan Khazanah Nasional hari ini sebagai satu bentuk pelaburan dan bukan satu pelan menyelamat (bail out) semata-mata.

Tegasnya, ini kerana Khazanah akan memastikan MAS kembali menjadi organisasi yang mapan dan pulangan akan diperolehi ke atas setiap sen daripada RM6 bilion tersebut.

"Tidak, ia bukan satu pelan menyelamat. Ia satu pelan menyelamat jika kita guna orang ramai untuk membelinya daripada orang lain.

"Itu baru dianggap menyelamat tetapi dalam kes ini wang dilaburkan untuk menjadikan MAS satu organisasi mapan dan berterusan," katanya pada sidang media di ibu pejabat Umno petang ini.

"Jadi ini satu pelaburan, bukan pelan menyelamat.

"Ia satu pelaburan dari Khazanah," katanya lagi.

Khazanah hari ini mengumumkan suntikan sebanyak RM6 bilion yang mensasar untuk mengembalikan keuntungan MAS dalam masa tiga tahun menjelang 2017.

Rancangan itu termasuk pembentukan satu syarikat baru untuk mengambil alih aset dan perniagaan syarikat lama.

Ia juga akan melibatkan pengurangan sebanyak 30 peratus tenaga kerja yang meliputi 6,000 orang pekerja sedia ada.

"Pemulihan sepenuhnya mungkin akan mengambil masa lebih lama dari tiga tahun namun dengan izin Tuhan dalam masa tiga tahun kita akan lihat pemulihan positif MAS," kata Najib mengulas pelan tersebut.

Menurut Najib lagi, pelan itu turut mengambil kira prinsip asas untuk terus mengekalkan MAS sebagai syarikat penerbangan nasional.

Pada masa sama, ia juga perlu memastikan MAS tekal sebagai satu operasi komersial yang memberikan pulangan.

Mengulas pengurangan tenaga kerja MAS kelak, Najib berkata beliau berpesan kepada pengurusan MAS agar langkah itu dilakukan dengan penuh rasa "kemanusiaan dan belas kasihan".

"Misalnya kita boleh sediakan alternatif pekerjaan untuk mereka.

"Kita boleh buat upskilling (peningkatan kemahiran) untuk mereka, dan mungkin ada juga yang hendak voluntary separation (berhenti secara sukarela) dan sebagainya.

"Inilah antara prinsip-prinsip yang kita telah tentukan dalam penyusunan semula MAS," katanya.Malaysiakini






Shiha (Mentor) dimarahi doktor kerana melanggar pantang !


utusan malaysia terkini

Shiha (Mentor) dimarahi doktor kerana melanggar pantang !


BeritaPantas92

Shiha (Mentor) dimarahi doktor kerana melanggar pantang !


PETALING JAYA: Penyanyi Shiha (Mentor) tetap berdegil mahu  meneruskan persembahannya pada Konsert Chow Kit Road 2.0 di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada malam Sabtu (hari ini) biarpun dimarahi doktor kerana melanggar pantang akibat penyakit Laryngitis (keradangan kotak suara).

Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, 27, berkata, dia sepatutnya tidak dibenarkan bercakap selama 10 hari, namun terpaksa meneruskan persembahan memandangkan dia sudah berjanji dengan pihak penganjur.

"Sepatutnya saya perlu berehat dan tidak dibenarkan bercakap selama 10 hari.

"Tetapi dah ada urusan kerja, nak tak nak saya perlu melakukan persembahan pada konsert itu nanti.

"Sampaikan doktor saya marah kerana tidak ikut pantang. Kata dia, kalau pesakit lain, dah sembuh dah, tetapi saya tak sihat-sihat lagi," katanya kepada mStar Online pada Jumaat.

Isnin lalu, Shiha telah dimasukkan ke wad Pusat Pakar KPJ Ampang Puteri selepas didapati terkena penyakit Laryngitis.
Shiha turut memuatnaik foto-foto sepanjang dia ditahan di hospital menerusi Instagram miliknya.
Menurut penyanyi lagu Halusinasi  ini, penyakit berkenaan berpunca kerana dia terlalu banyak membuat latihan nyanyian sehingga menyebabkan suaranya hilang.

Bagaimanapun, dia terpaksa keluar wad pada petang Jumaat kerana ingin membuat persediaan bagi persembahan Konsert Chow Kit Road 2.0.

Sementara itu Shiha berharap penyakitnya itu tidak terlalu serius kerana dia risau jika ia mengganggu kerjayanya sebagai seorang penyanyi.

"Bagi orang lain penyakit ini mungkin nampak kecil tetapi ia satu masalah besar buat saya kerana boleh mengganggu kerja nyanyian saya.

"Sudahlah banyak urusan kerja yang belum diselesaikan, dapat pula penyakit ini.

"Mungkin selepas persembahan konsert ini, saya terpaksa akur untuk berehat dengan lebih lama," ujarnya.



Gagal Ujibakat Gadis Cantik Ini Mengejutkan Juri


utusan malaysia terkini

Gagal Ujibakat Gadis Cantik Ini Mengejutkan Juri


dairishare

Gagal Ujibakat Gadis Cantik Ini Mengejutkan Juri

There is a talent show in China, like American Idol or something, I don�t know exactly how it is called. Anyway, imagine the situation, the girl sings, the jury doesn�t like it and they tell her no. But the girl had a strong character and tried to get revenge, at least that's what I think ... :)
Actually, I laughed very much, how such an idea could come to her mind.














Hina menteri kulit hitam, politikus Itali mengaku dirasuk setan


utusan malaysia terkini

Hina menteri kulit hitam, politikus Itali mengaku dirasuk setan


indah.com

Hina menteri kulit hitam, politikus Itali mengaku dirasuk setan

29/8/14Hina menteri kulit hitam, politikus Italia ngaku dirasuki setan
Roberto Calderoli. ©Telegraph.co.uk
Roberto Calderoli, polikus Itali , didesak  undur lantaran tahun lalu dia menyebut menteri kulit hitam Cecile Kynge sebagai orangutan.

Kini Calderoli mengaku dikutuk oleh ayah dari Kynge dan dia meminta setan di tubuhnya dikeluarkan, seperti dilansir surat khabar the Daily Mail, Khamis (28/8).

Calderoli adalah wakil Senat Itali  dan mantan menteri dari parti Liga Utara berhaluan anti-imigran.

Calderoli kini sedang menghadapi perbicaraan akibat ucapannya itu. Dia menolak  undur dari jabatannya.

Dia mengaku sering mendapat kesialan dan menduga penyebabnya kerana dia dirasuk. Calderoli mengatakan kini dia memerlukan seorang pengusir setan.

Politikus Itali  itu menyatakan dia mengalami serangkaian kesialan seperti ibunya meninggal dan menjalani enam kali operasi. Dia menuturkan kejadian-kejadian itu dia alami setelah ayah Kyenge mengadakan satu ritual di Kongo.

Dalam sebuah rakaman video dirakam majalah gosip Oggi, Clement Kyenge, 75 tahun, terlihat sedang berdoa supaya Calderoli dibebaskan dari fikiran buruk dan dia juga mencuba menghubungi nenek moyang di desanya.

"Saya bukan orang yang percaya dengan hal-hal mistik tapi setelah kejadian ini banyak peristiwa aneh terjadi terus menerus," kata Calderoli.

Clement Kyenge membantah dia mengutuk Calderoli.

Setelah dikritik akibat ucapannya tahun lalu itu Calderoli akhirnya meminta maaf.

"Saya tidak bermaksud menyinggung menteri Kyenge. Jika dia merasa tersinggung, saya minta maaf," kata dia.

Beberapa jam setelah menyatakan minta maaf akhirnya Calderoli menelepon menteri Kyenge untuk meminta maaf secara langsung.






Tentera Israel Yang Cedera Terkena Roket Hamas Meninggal


utusan malaysia terkini

Tentera Israel Yang Cedera Terkena Roket Hamas Meninggal


indah.com

Tentera Israel Yang Cedera Terkena Roket Hamas Meninggal

29/08/2014 

 
Foto: AFP
Tel Aviv, - Seorang tentera Israel yang cedera akibat serangan roket minggu  lalu, telah meninggal hari ini akibat cedera parah  . Tentera tersebut berumur 21 tahun.

Seperti diberitakan kantor berita AFP, Jumaat (29/8/2014), Netanel Maman terkena serangan roket di kota Ashdod, Israel selatan pada 22 Ogos lalu. Roket tersebut ditembakkan dari Gaza selama konflik antara Hamas dan Israel yang berlangsung 50 hari.

Dengan kematian lelaki muda tersebut, berarti jumlah tentera Israel yang meninggal selama konflik Gaza itu bertambah menjadi 65 orang. Konflik yang berlangsung tujuh minggu tersebut, juga menewaskan enam warga awam Israel, termasuk seorang anak laki-laki berumur 4 tahun dan seorang pekerja asal Thailand.

Sementara lebih dari 2,100 warga Palestin  terbunuh akibat gempuran-gempuran udara Israel atas wilayah Jalur Gaza. Menurut PBB, nyaris 70 peratus dari mereka yang terbunuh tersebut adalah penduduk awam.

Perang di Gaza ini telah berlangsung sejak 8 Julia lalu dan berakhir dengan gencatan senjata jangka panjang antara Israel dan Palestin . Gencatan senjata itu mulai berlaku sejak Selasa, 26 Ogos lalu.
detikNews