utusan malaysia terkini
[Video] Muhyiddin Nak 13 Mei Berulang, Tapi Rakyat Tidak Mahu Tragedi 13 Mei Berulang
IdaMan
[Video] Muhyiddin Nak 13 Mei Berulang, Tapi Rakyat Tidak Mahu Tragedi 13 Mei Berulang
![]() |
| Jangan takutkan rakyat dengan jembalang 13 Mei |
Demikian pertanyaan yang dilontarkan Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz menerusi facebook ekoran kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang membayangkan peristiwa 13 Mei akan berulang.
Menurutnya, kerajaan yang ada kuasa penuh ke atas polis, tentera dan pendakwaan, justeru mengapa duduk diam dan tidak mengekang perkara itu.
“Kenapa biarkan? Hadapkan petualang-petualang ke mahkamah. Jangan takutkan rakyat dengan jembalang 13 Mei.
“Jangan jadikan 13 Mei alasan untuk menutup kelemahan dan rasuah yang kerajaan lakukan,” tulisnya.
Tambahnya, kerajaan mempunyai kuasa ke atas legitimate coercive instruments seperti polis, tentera dan pendakwaan.
“Mengapa tidak guna ini semua dan tangkap mereka yang saban hari mencetuskan kenyataan demi kenyataan menyumbang kepada ketegangan kaum dan agama?
“Mengapa tidak kejar perkasa, isma dan kumpulan lain?” tanya beliau lagi.
Menurutnya, jika bangsa lain mengeluarkan perkataan berbaur perkauman dan memusuhi agama Islam, tangkap mereka kerana negara kita ada undang-undang yang boleh beroperasi ala undang-undang emergency ordinance.
Katanya, jika benar-benar ada ancaman perlu diambil tindakan.
Justeru, tambahnya jika tidak mahu mengguna kuasa dan kapasiti yang ada, tidak perlu Muhyiddin memperdengarkan kepada kita leteran dan bebelannya sebelum tidur.
“Jika ianya mengganggu tidur TPM kita, bekalkan TPM dengan pil tidur,” tulisnya lagi......Baca lagi
Warga kota tidak bersetuju dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa tragedi berdarah 13 Mei boleh berulang jika ketegangan kaum berteusan.
Bag mereka, kenyataan itu bukan sahaja tidak bertanggungjawab tetapi bertujuan menakut-nakutkan rakyat.
* Tragedi 13 Mei : MCA & Gerakan Penakut Kritik Muhyiddin
* Muhyiddin Nak 13 Mei Berulang, Lain Pula Pandangan Bekas Presiden MIC
* Tragedi 13 Mei : Modal Umno BN Untuk Menakut-Nakutkan Rakyat
* Tragedi 13 Mei : "Hayati Ramadan, Bukan Timbulkan Ketakutan", Anwar Belasah Muhyiddin

No comments:
Post a Comment