Friday, July 25, 2014

Setiausaha Agong PBB terkejut kerana tempat penampungan penduduk Palestin diserang Israel


utusan malaysia terkini

Setiausaha Agong PBB terkejut kerana tempat penampungan penduduk Palestin diserang Israel


indah.com

Setiausaha Agong PBB terkejut kerana tempat penampungan penduduk Palestin diserang Israel

25/7/14
 
 kota Rafah usai serangan Israel (Reuters)
Gaza, - Setiausaha Agong PBB, Ban Ki-moon terkejut atas serangan yang dilancarkan Israel ke sebuah sekolah rendah milik PBB yang dijadikan tempat pengungsian warga Gaza. Serangan itu membunuh 15 warga Palestin .

Menurut dinas urusan darurat Gaza seperti dilansir laman berita AFP, Jumaat (25/7/2014), paling sedikitnya 15 orang terbunuh dan lebih dari 200 orang lainnya cedera  dalam serangan yang terjadi pada hamis, 24 Julai waktu setempat itu.

Bangunan sekolah PBB tersebut digunakan untuk menampung warga Palestin  yang meninggalkan rumah-rumah mereka demi mencari tempat yang selamat dari bom  Israel. Namun malang, tempat pengungsian itu pun tak luput dari serangan tentera Israel.

" Ramai yang terbunuh -- termasuk wanita dan anak-anak, serta staf PBB,"  kata Ban yang mengaku terkejut akan insiden tersebut. Dikatakan pemimpin badan dunia tersebut, insiden tersebut menekankan pentingnya untuk menghentikan pertumpahan darah di Gaza ketika ini juga.

Konflik di Gaza kini telah memasuki hari ke-18. Jumlah korban jiwa akibat serangan Israel di Gaza sejauh ini telah mencapai 804 orang. Pada Khamis, 24 Jula kelmarin, sebanyak 98 warga Palestin terbunuh akibat rentetan serangan Israel. Ini merupakan salah satu hari paling mematikan selama konflik Gaza.

Menurut kelompok-kelompok nonpemerintah, sekitar 80 peratus korban jiwa adalah wpenduduk awam Palestin , termasuk ramai wanita dan kanak-kanak.

Sementara itu di pihak Israel, tiga penduduk awam terbunuh akibat serangan-serangan roket yang dilancarkan pejuang dari Gaza. Ketiga korban terdiri dari dua warga Israel dan seorang pekerja migran dari Thailand. Selain itu, 32 atau lebih tentera Israel telah terbunuh dalam pertempuran melawan para pejuang Hamas dan lainnya. detikNews






No comments:

Post a Comment