Sunday, July 27, 2014

AQSA SYARIF MOHON ASTRO PERJELAS HUBUNGAN DENGAN AMDOCS


utusan malaysia terkini

AQSA SYARIF MOHON ASTRO PERJELAS HUBUNGAN DENGAN AMDOCS


indah.com

AQSA SYARIF MOHON ASTRO PERJELAS HUBUNGAN DENGAN AMDOCS

AQSA SYARIF MOHON ASTRO PERJELAS HUBUNGAN DENGAN AMDOCS  Ketika seluruh dunia berkongsi penderitaan dengan rakyat Palestin berikutan serangan terbaru Israel ke atas Gaza, kita dikejutkan dengan berita di laman-laman sosial tentang syarikat tv-satelit berbayar ASTRO mempunyai kontrak bernilai jutaan dollar Amerika dengan sebuah syarikat Israel, Amdocs. Ketandusan liputan berhubung perkara ini di media rasmi ASTRO mahu pun media tempatan adalah kerana sumber asalnya diambil dari akhbar Israel, Haaretz bertarikh 21 Julai 2004.  Hingga saat kenyataan ini ditulis, ASTRO masih belum memberikan sebarang maklum balas berhubung perkara ini. Aqsa Syarif maklum bahawa berita yang disebarkan ini adalah berita yang sudah berusia lebih 10 tahun. Namun, Aqsa Syarif masih merasakan pihak ASTRO perlu membuat penjelasan segera kepada lebih 1.5 juta pelanggan setia ASTRO berhubung hal ini agar mereka tidak rasa dikhianati terutama dalam waktu sensitif pada hari ini (Gaza diserang).  Jika berita ini sudah tidak relevan, ASTRO perlu menafikannya. Tetapi jika kontrak ASTRO dengan Amdocs masih aktif, rakyat Malaysia mempunyai hak untuk tahu. Rakyat Malaysia berhak membuat pilihan sama ada ingin terus kekal atau menamatkan langganan mereka dengan ASTRO. Rakyat Malaysia berhak membuat pilihan berbekalkan maklumat yang sahih.  Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor, Pengerusi Aqsa Syarif Berhad.

Ketika seluruh dunia berkongsi penderitaan dengan rakyat Palestin berikutan serangan terbaru Israel ke atas Gaza, kita dikejutkan dengan berita di laman-laman sosial tentang syarikat tv-satelit berbayar ASTRO mempunyai kontrak bernilai jutaan dollar Amerika dengan sebuah syarikat Israel, Amdocs. Ketandusan liputan berhubung perkara ini di media rasmi ASTRO mahu pun media tempatan adalah kerana sumber asalnya diambil dari akhbar Israel, Haaretz bertarikh 21 Julai 2004.

Hingga saat kenyataan ini ditulis, ASTRO masih belum memberikan sebarang maklum balas berhubung perkara ini. Aqsa Syarif maklum bahawa berita yang disebarkan ini adalah berita yang sudah berusia lebih 10 tahun. Namun, Aqsa Syarif masih merasakan pihak ASTRO perlu membuat penjelasan segera kepada lebih 1.5 juta pelanggan setia ASTRO berhubung hal ini agar mereka tidak rasa dikhianati terutama dalam waktu sensitif pada hari ini (Gaza diserang).

Jika berita ini sudah tidak relevan, ASTRO perlu menafikannya. Tetapi jika kontrak ASTRO dengan Amdocs masih aktif, rakyat Malaysia mempunyai hak untuk tahu. Rakyat Malaysia berhak membuat pilihan sama ada ingin terus kekal atau menamatkan langganan mereka dengan ASTRO. Rakyat Malaysia berhak membuat pilihan berbekalkan maklumat yang sahih.
Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor,
Pengerusi Aqsa Syarif Berhad.






No comments:

Post a Comment