utusan malaysia terkini
Ustaz Shahul dibebas dengan jaminan polis
indah.com
Ustaz Shahul dibebas dengan jaminan polis
31 Jul 2014
Penceramah bebas Shahul Hamid Seeni Mohd ditahan polis awal hari ini bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya yang dikatakan menghina kaum India.
Shahul Hamid dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah pada kira-kira pukul 9 pagi dan dibebaskan semula kira-kira empat jam kemudian, dipercayai selepas keterangan beliau diambil.
Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi ketika dihubungi mengesahkan penahanan Shahul Hamid.
Katanya, penceramah itu dibebaskan dengan jaminan polis dan siasatan kes dilakukan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia hasil laporan polis dibuat terhadapnya.
Sementara itu, Shahul Hamid hari ini meminta maaf secara terbuka kepada kaum India berikutan ceramah agamanya itu.
Shahul Hamid berkata, beliau harap diberi peluang untuk memperbaiki diri atas kesilapannya itu.
"Saya mohon maaf...Saya sedar juga berasal usul dari India dan tidak sepatutnya menghina agama dan kepercayaan mereka," katanya kepada pemberita.
"Saya harap semua laporan polis terhadap saya dapat ditarik balik dan tidak ada tindakan diambil terhadap saya," katanya. Malaysiakini
- Bernama

No comments:
Post a Comment