Wednesday, July 23, 2014

Tragedi MH17: Mengapa ujian datang bertimpa-timpa?


utusan malaysia terkini

Tragedi MH17: Mengapa ujian datang bertimpa-timpa?


indah.com

Tragedi MH17: Mengapa ujian datang bertimpa-timpa?

Harakahdaily
M FAQIH | 23 Julai 2014.
MENGAPA ujian datang bertimpa-timpa ketika rakyat masih lagi menikmati erti keamanan? Selepas 57 tahun merdeka ramai berhujah baru sekarang Malaysia diuji bertalu-talu.

Selepas tragedi 13 Mei dan Memali yang mengorbankan banyak nyawa, kini episod baru pula menimpa MAS dan Sabah. Ia ternyata lebih dahsyat lagi.

Belum sempat makna di sebalik slogan 1Malaysia dituai, tiba-tiba negara kita diheret ke persada dunia dengan imej buruk yang disentap dalam sekelip mata.       

Terbaru pesawat Boeing 777-200 Malaysia Airlines (MH17) sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur diyakini pakar ditembak jatuh dengan peluru berpandu pada 17 Julai lalu.

Pesawat kebanggaan negara itu ditembak jatuh di Donetsk, timur Ukraine.

Sedangkan tragedi kehilangan pesawat MH370 juga milik MAS pada 8 Mac masih diselubungi misteri.

Nasib 239 penumpang dan anak kapal tidak tahu di mana kesudahannya. Biar pun Perdana Menteri pada 24 Mac 2014 menyebut MH370 telah berakhir di Lautan Hindi, namun sehingga detik sekarang tiada sebarang penemuan fizikal.

Ketika sedu keluarga mangsa MH370 masih bersisa, tiba-tiba direntap pula sebuah lagi pesawat negara terhempas dan hancur berkecai di Ukraine.

MH17 menerbangkan 298 penumpang termasuk anak kapal terhempas akibat ditembak. Apakah malang yang berganda itu kerana pemimpin negara yang ada sekarang kurang memiliki tuah (keberkatan).

Mengambil kira dua tragedi tersebut sebanyak 537 nyawa sudah melayang. Lebih mendebarkan lagi sebahagian besarnya ialah rakyat negara asing. Rakyat China dan Belanda paling ramai dilaporkan terbabit dalam dua episod nahas tersebut.

Ramai mempersoalkan di mana sikap kebertanggungjawaban sebenar pemimpin negara ketika kedua-dua ujian menimpa dalam tempoh begitu hampir.

Sedangkan pada 27 April lalu Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Hong Won meletak jawatan ekoran tragedi feri karam yang juga mengorbankan ratusan penumpang.

“Saya mohon maaf kerana gagal membendung kejadian itu daripada berlaku dan gagal bertindak dengan betul ketika kejadian.

“Saya percaya sebagai Perdana Menteri semestinya perlu mengambil tanggungjawab ini dan meletakkan jawatan," katanya dipetik media asing.

Ketika insiden tersebut Sewol, feri penumpang terbesar karam bersama 476 penumpang ketika dalam perjalanan menuju ke pulau peranginan Jeju, 16 April lalu.






No comments:

Post a Comment