utusan malaysia terkini
Astro jadi sasaran di FB isu 'kaitan Israel'
BeritaPantas92
Astro jadi sasaran di FB isu 'kaitan Israel'
Laman Facebook rangkaian TV satelit Astro dipenuhi dengan komen individu yang berang dengan dakwaan kaitan perniagaannya dengan syarikat Israel.
Jujukan komen tersebut muncul selepas satu kenyataan pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Asyraf Wajdi Dusuki, yang juga anggota majlis tertinggi Umno.
Asyraf dalam tulisan di Facebook mengancam untuk memboikot Astro sekiranya syarikat penyiaran tersebut tidak menjelaskan hubungannya dengan Amdocs, yang didakwa sebagai syariat Israel.
"Amdocs adalah syarikat milik Israel dan dianugerahkan kontrak 'sistem pengurusan pelanggan' oleh Astro.
"Rakyat Malaysia patut memboikot Astro sebagai tanda protes ke atas pembunuhan warga Palestin,” katanya dalam tulisan tersebut.
Asyraf turut memuatkan laporan dari portal Haaretz, akhbar tertua Israel, berhubung kontrak tersebut.
Kenyataannya itu seterusnya dilaporkan oleh laman web NGO pendesak Melayu Ikatan Muslimin Malaysia.
Beberapa tulisan di Facebook oleh Astro untuk mempromosi rancanganya turut menarik komen yang menuntut penjelasan sekiranya dakwaa itu benar.
"Astro menggunakan khidmat syarikat Israel Amdocs. Mari kita tekan mereka untuk menukar syarkat bagi khidmat pengebilan, jika tidak ia menjadi tanggungjawab kita untuk memboikot Astro,” kata seorang pengguna dengan nama Amiinulhikmi Jamros.
Seorang lagi pengguna, Mohd Zuhairi Mzm berkata: “Sekiranya Astro terus berdiam diri tanpa kenyataan rasmi berhubung isu Amdocs, saya tidak akan teragak-agak untuk berhenti dari menjadi pelanggan Astro dan pembiaya Zionisme.”
Malaysiakini sudah menghubungi jabatan komunikasi Astro untuk mendapatkan penjelasan rasmi.
No comments:
Post a Comment