utusan malaysia terkini
Kesesakan Lalulintas, Pengguna PLUS Boleh Failkan Saman Kata Peguam
IdaMan
Kesesakan Lalulintas, Pengguna PLUS Boleh Failkan Saman Kata Peguam
Pengguna lebuh raya Projek Lebuhraya Utara Selatan Bhd (PLUS) berhak memfailkan saman kepada pemegang konsesi itu jika kesesakan lalulintas boleh menyebabkan mereka terpaksa menanggung kesusahan dan kerugian daripada segi fizikal dan mental.
Ketua Biro Guaman PKR, Latheefa Koya berkata, hal ini berikutan pengguna lebuh raya itu dikenakan bayaran tol bagi menggunakan perkhidmatan disediakan PLUS.
“Kalau dia nak saman boleh teruskan, tak jadi isu. Dia kena tunjukkan bagaimana PLUS menyusahkan dia walaupun dia sudah membayar tol dan sebagainya. Terpulanglah kepada dia sebab tak jadi halangan untuk dia saman.
“Kalau kita dapat arahan daripada seseorang menyaman PLUS, kita kena tengok apa bukti yang boleh dikemukakan pihak terlibat mengatakan mengakibatkan kerugian dan penderitaan kepada mereka,” kata Latheefa ketika dihubungi Selangor Kini di sini, hari ini.
Tambah beliau, selain memfailkan saman di mahkamah sivil, pihak yang berhasrat menyaman PLUS juga boleh mengemukakan saman melalui Tribunal Pengguna atau kedua-duanya sekali.
“Dia nak saman adalah perkara lain tetapi kita tahu isu-isu berkenaan perjanjian konsesi tol PLUS masih lagi dalam keadaan rahsia.
“Jadi kalau saman pun, sama ada perjanjian itu boleh dikeluarkan, kita kena tunggu dan lihat kalau ada sesiapa yang nak saman PLUS. Ini baru spekulasi, sukar untuk kita komen lanjut,” katanya.
Sebelum ini, muncul satu rakaman panggilan pengguna lebuh raya PLUS melepaskan kemarahannya apabila setiap hari terpaksa berhadapan dengan kesesakan lalulintas gara-gara penutupan lorong kepada operator talian hotline PLUS.
Wanita yang berulang alik setiap hari Melaka ke Kuala Lumpur mendakwa terpaksa keluar pejabat antara pukul 9.00 hingga 11.00 malam bagi mengelakkan kesesakan lalulintas tetapi masih terperangkap dalam kesesakan selama berjam-jam lamanya.
Wanita yang mempunyai anak itu mendakwa keadaan itu menyebabkan beliau tiba ke rumah beliau pada jam 3.00 pagi setiap hari.
- selangorkini
No comments:
Post a Comment